10 Kelab EPL Yang Paling Jimat Untuk Permulaan Musim 2018/19

0
1481

 

Beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL) pastinya cemburu melihat beberapa kelab lain berbelanja mewah dalam bursa perpindahan dimana Liverpool menjadi pasukan paling boros.

Penjaga gol baru Chelsea, Kepa Arrizabalaga menjadi pemain termahal di EPL untuk perpindahan musim panas kali ini. Alisson Becker yang dibeli Liverpool dari AS Roma pula menjadi pemain kedua termahal.

Namun tidak semua kelab EPL mengeluarkan dana yang besar untuk membeli pemain baru. Bahkan beberapa di antaranya boleh dikatakan cukup berjimat.

Berikut 10 kelab yang paling jimat di bursa perpindahan musim panas kali ini:

Brighton

Brighton termasuk antara kelab yang cukup sibuk di bursa perpindahan musim panas kali ini. Mereka berjaya membawa masuk 16 pemain baru tetapi kebanyakan dari mereka adalah pemain muda berbakat.

Pasukan bimbingan Chris Hughton tersebut menghabiskan £62.91 juta untuk perbelanjaan merekrut pemain baru. Rekrut termahal mereka adalah Alireza Jahanbakhsh yang didatangkan dari AZ Alkmaar dengan nilai £17 juta.

Southampton

Southampton membelanjakan £56.03 juta untuk mendapatkan pemain baru di bursa perpindahan musim panas kali ini. Dana sebesar itu digunakan untuk menandatangani lima pemain baru.

Jannik Vestegaard menjadi pembelian termahal setelah ditebus dari Borussia Moenchengladbach dengan nilai £18 juta. Selain itu, The Saints berjaya mendapatkan khidmat penyerang Liverpool, Danny Ings dengan status pinjaman.

Bournemouth

Bournemouth tidak terlalu aktif di bursa perpindahan musim panas kali ini. Mereka hanya mendapatkan tiga pemain baru dengan perbelanjaan yang mencecah £46.17 juta.

Pasukan bimbingan Eddie Howe ini membawa masuk pemain seperti Jefferson Lerma (Levante, £25 juta) David Brooks (Sheffield United, £11.5 juta) dan Diego Rico (Leganes, £10.7 juta).

Huddersfield

Huddersfield membawa masuk sembilan pemain baru pada musim panas kali ini dengan perbelanjaan sebanyak £41.85 juta.

Terence Kongolo merupakan pembelian termahal mereka bernilai £17.5 juta yang didatangkan dari AS Monaco. Pemain lain yang juga didatangkan dari Monaco adalah Adama Diakhaby.

Newcastle

Newcastel memperkuatkan pasukan mereka dengan mendapatkan tujuh pemain baru. Antara pemain tersebut adalah Yoshinori Muto, Federico Fernandez dan Fabian Schar.

Pihak pengurusan Newcastel sememangnya tidak mahu mengeluarkan dana yang banyak untuk pembelian pemain baru. Oleh kerana itu, tidak menghairankan perbelanjaan mereka kali ini hanya £31.14 juta sahaja.

Burnley

Burnley berjaya mendapatkan penjaga gol Manchester City, Joe Hart pada musim panas kali ini. Pemain tersebut ditebus dengan nilai £3.5 juta sahaja.

Pasukan bimbingan Sean Dyche itu mengeluarkan dana sebanyak £29.70 juta dalam pembelian pemain baru. Selain Hart, mereka berjaya mendapatkan khidmat Ben Gibson, Vinnie Steels dan Matej Vydra.

Cardiff City

Cardiff membelanjakan £27.68 juta di bursa perpindahan 2018/19 sekaligus menjadi pasukan keempat paling jimat.

Pengurus Neil Warnock membawa masuk enam pemain baru yang kebanyakan dari Liga Kejuaraan. Salah satu pemain tersebut adalah Josh Murphy yang dibawa masuk dari Norwich City dengan nilai £11 juta.

Watford

Watford mengeluarkan dana £22.55 juta untuk perbelanjaan membawa masuk tujuh pemain baru ke Vicarage Road.

The Hornets merekrut penjaga gol Ben Foster dari West Brom bernilai £4 juta. Selain itu mereka turut berjaya mendapatkan khidmat Gerard Deulofeu secara tetap dengan perbelanjaan £11 juta dari Barcelona.

Crystal Palace

Crystal Palace menjadi pasukan kedua terjimat dalam perbelanjaan di bursa perpindahan kali ini. Mereka hanya membawa masuk empat pemain dengan jumlah perbelanjaan £9.63 juta.

Dana tersebut digunakan untuk mendapatkan Cheikhou Kouyate dari West Ham. Selain itu mereka juga membawa masuk Vicente Guaita (Getafe), Max Meyer (Schalke) dan Jordan Ayew (Swansea City).

Tottenham

Tottenham tidak membeli satu pun pemain pada bursa perpindahan musim panas kali ini. Hal tersebut membuatkan Tottenham mencatat sejarah sebagai pasukan EPL pertama yang tidak membeli pemain selama 15 tahun terakhir.

Dengan demikian, Tottenham akan menjalani musim ini dengan skuad yang sama seperti musim 2017/19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here