11 Penyelamatan Epik De Gea Di Sebalik Kemenangan MU Vs Spur

0
180

 

David De Gea tampil cemerlang menjaga gawang Manchester United semasa menentang Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Penjaga gol yang berasal dari Sepanyol itu telah berjaya melakukan 11 aksi penyelamatan untuk Red Devils.

Pada perlawanan ke-22 Liga Perdana Inggeris (EPL), United telah berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas Tottenham di Stadium Wembley.

Gol kemenangan United telah dijaringkan oleh Marcus Rashford pada minit ke-44 menerusi sepakan lerek yang deras dari dalam kotak penalti Tottenham.

Disebalik kemenangan United, De Gea memainkan watak penting dalam menjaga gawang United daripada serangan-serangan berbahaya oleh pasukan tuan rumah.

Sepanjang perlawanan tersebut, De Gea telah berjaya melakukan 11 aksi penyelamatan.

Antaranya ialah tiga percubaan oleh Dele Alli pada jarak dekat dan empat percubaan on target oleh Harry Kane.

Selebihnya, De Gea berjaya menggagalkan percubaaan dari Christian Eriksen, Toby Alderweireld, Song Heung-min dan Fernando Llorente.

De Gea telah menunjukkan prestasi yang agak baik pada perlawanan tersebut kerana kesemua percubaan ke arah gawang United berjaya digagalkan menerusi kaki dan tangannya.

“Menakjubkan, ketika anda membuat 11 penyelamatan, itu adalah prestasi terbaik. Satu atau dua adalah penyelamatan yang sangat bagus,” kata jurulatih United, Solskjaer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here