12 Minggu Tempoh Masa Jendela Perpindahan Pertama Liga Malaysia

0
694

 

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menetapkan selama 12 minggu untuk Tempoh Pendaftaran Pertama (Jendela Perpindahan Pertama) pemain dan pegawai Liga Malaysia (Liga-M) 2019 yang akan dibuka bermula dari 29 November sehingga 20 Februari 2019.

MFL turut menetapkan setiap pasukan yang menyertai Liga-M wajib mendaftar minimum 20 orang pemain termasuk tiga penjaga gol pada atau sebelum 10 Januari 2019.

“Ianya bertujuan bagi setiap pasukan bersedia secukupnya bagi menghadapi perlawanan pertama Liga Super dan Liga Premier yang dijangka akan bermula pada minggu pertama bulan Februari 2019,” kata MFL yang dipetik sebagai berkata menerusi kenyataan terbaharu dalam laman Facebook mereka.

MFL berkata setiap pasukan yang bertanding perlu mendaftar pemain dan pegawai masing-masing menggunakan system MyPAS.

Mengulas lanjut mengenai tempoh pendaftaran pemain dan pegawai, MFL menjelaskan perkara berkenaan adalah selaras dengan ketetapan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai status dan perpindahan pemain.

“Pasukan harus menggunakan peluang ini sebaik-baiknya bagi memastikan tahap kualiti pemain yang didaftarkan mencapai tahap yang diperlukan untuk bersaing dan dalam masa yang sama tidak terbeban dengan kos yang tinggi pada musim hadapan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here