16 Januari Ini Akan Tentukan Status Sumareh Sebagai Pemain Tempatan

0
472

 

Status Mohamadou Sumareh untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2019 dijangka akan diketahui pada 16 Januari Ini.

Perkara tersebut diperkatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL) Kevin Ramalingan.

Kata beliau, rayuan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) diterima pada 19 Disember tahun lalu perlu mengikut prosedur menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Surat rayuan oleh PBNP yang bertarikh 27 November 2018 hanya diserahkan kepada MFL pada 19 Disember 2018. Rayuan ini perlu diperhalusi oleh Ahli Lembaga Pengarah sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Sebenarnya mengikut peraturan sedia ada, mana-mana pemain naturalisasi hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas lima tahun mendapat taraf kerakyatan tapi kami memberi pertimbangan sewajarnnya untuk memendekkan tempoh itu kepada setahun daripada tarikh permohonan pendaftaran Pahang pada 2 Mac tahun lalu atas beberapa aspek termasuk Sumareh sudah bermaustatin di negara ini sejak berusia 12 tahun.

“Justeru pada 1 Oktober tahun lalu, Ahli Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan membenarkan Sumareh didaftarkan pada jenda perpindahan kedua pada Mei depan apabila mengambil kira tempoh setahun permohonan pendaftaran oleh PBNP pada 2 Mac depan. Selepas keputusan itu baru PBNP membuat rayuan, pada saya isu MFL sengaja melengahkan pendaftran Sumareh tidak perlu ditimbulkan,” katanya.

Terdahulu, PBNP ada mengemukan rayuan terbaru kepada MFL untuk mempercepatkan pendaftaran Sumareh yang merupakan pemain naturalisasi pertama negara kelahiran Gambia pada jenda perpindahan pertama 20 Februari ini.

Tegas Kevin, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kelonggaran dalam pendaftaran pemain naturalisasi bagi menjaga kepentingan pemain tempatan pada masa depan.

“Dalam peraturan sudah ditetapkan lima tahun untuk tempoh pendaftaran pemain naturalisasi dalam Liga-M jadi kita perlu mengikut peraturan ini tapi dalam kes Sumareh kita beri sedikit keistimewaan atas beberapa faktor.

“Tapi kita mahu memberi penegasan bahawa kita tidak boleh terus beri kelonggaran selepas ini kerana tidak mahu jika ada lagi pemain naturalisasi dibawa masuk, akan terus didaftarkan sebagai pemain tempatan dan akhirnya akan memberikan kesan kepada perkembangan pemain tempatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here