3 Pertahanan Kiri Terbaik Di EPL Ketika Ini

0
1525

 

Pemain yang bermain di posisi pertahanan kiri biasanya jarang mendapat perhatian. Walau bagaimanapun, peranan mereka di atas padang tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Pertahanan kiri yang bagus perlu memiliki kepantasan, stamina, kemampuan mengelecek bola yang baik dan umpanan-umpanan silang yang tepat. Oleh kerana itu, tidak mudah untuk menjadi pertahanan kiri yang mempamerkan aksi konsisten apalagi dalam saingan seperti Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bercakap tentang pertahanan kiri, terdapat beberapa pertahanan kiri dalam EPL yang menampilkan persembahan yang cemerlang. Mereka sepatutnya dilabelkan yang terbaik dalam kedudukan mereka sekarang ini.

Berikut merupakan pertahanan kiri terbaik EPL ketika ini seperti yang dilaporkan Sportskeeda.

Andrew Robertson

Andrew Robertson memulakan karier yang tidak terlalu memberangsangkan. Dia pernah bermain untuk pasukan-pasukan seperti QPR, Dundee United dan Hull City sebelum berpindah ke Liverpool.

The Reds hanya membelanjakan 8 juta pounds sahaja untuk membawa Robertson ke Anfield.

Pemain antarabangsa Scotland ini mempunyai keazaman yang tinggi dan stamina yang kuat. Dia mampu berlari dalam 90 minit permainan tanpa merasa letih.

Robertson merupakan salah seorang pemain yang konsisten ketika dibawah bimbingan Jurgen Klopp kerana rajin berlari di sisi sayap dan sering melakukan umpanan silang berbahaya ke dalam kotak penalti lawan.

Dengan falsafah Klopp yang bergantung pada kelajuan dan stamina, Robertson sangat sesuai untuk Liverpool.

Marcos Alonso

Marcos Alonso menyertai Chelsea pada tahun 2016 di era Antonio Conte. Ini adalah kali kedua dia bermain di EPL setelah sebelum ini pernah bersama Sunderland.

Dia adalah watak penting buat Chelsea ketika mereka merangkul kejuaraan EPL pada musim pertama Conte di England. Alonso bukan sahaja individu penting ketika bertahan, tetapi dia juga banyak membantu dalam serangan.

Alonso adalah pakar tendangan bebas dengan sering menjaringkan gol penting dari situasi bola mati. Dia juga mempunyai kebolehan melepaskan sepakan jarak jauh yang padu dengan kaki kirinya.

Alonso adalah aset penting bagi Chelsea dan setelah menandatangani kontrak baharu, pemain dari Sepanyol ini akan terus mempamerkan aksi cemerlang di bawah Maurizio Sarri.

Benjamin Mendy

Mendy tidak banyak bermain pada musim lepas kerana mengalami kecederaan. Namun, penampilannya pada musim ini sangat mengagumkan.

Mendy kerap bergerak ke depan dan umpanan silangnya menjadi mimpi ngeri bagi pertahanan lawan. Kelajuan dan ketepatan umpanan Mendy sangat berguna kepada pemain hadapan Manchester City.

Selain itu, Mendy juga sangat sukar dihentikan ketika berlari. Pep Guardiola sering memuji penampilan Mendy dan merasa sangat kehilangannya pada musim lalu.

Mendy sudah cergas sepenuhnya dan kehadirannya akan menambah kekuatan City pada musim ini bagi mempertahankan kejuaraan EPL.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here