30 Pemain Disenarai Pendek Sebagai Calon Ballon d’Or 2018, 4 Daripadanya Pemain Liverpool

0
825

 

Empat pemain Liverpool iaitu Alisson Becker, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah disenarai pendek sebagai calon anugerah Ballon d’Or 2018.

Seramai 30 pemain telah disenaraikan untuk anugerah tahunan itu dengan empat pemain skuad The Reds disahkan antara calon awal.

Daripada senarai itu, 11 pemain daripadanya adalah yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) manakala bakinya bermain di La Liga, Serie A dan Ligue 1.

Turut tercalon adalah pemenang lima kali anugerah tersebut iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Alisson menyertai Liverpool dari AS Roma ketika perpindahan musim panas selepas membantu kelab di Serie A berkenaan mara sehingga ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu. Dia juga mewakili Brazil pada Piala Dunia, Rusia.

Penjaga gol yang memakai jersi nombor 13 itu telah mencatat lima kali perlawanan tanpa bolos dalam 10 penampilan setakat ini.

Firmino pula menjaringkan 27 gol dalam semua kejohanan sepanjang musim 2017/18, termasuk 10 gol dalam saingan Liga Juara-Juara.

Sementara itu Mane juga merupakan watak penting buat Liverpool musim lalu telah menjaringkan 20 gol secara keseluruhan dan pada setiap kempen Piala Eropah.

Salah pula melalui musim sulung yang hebat dalam sejarah Liverpool dengan 44 gol selepas dibeli dari AS Roma pada 2017, termasuk rekod 32 gol dalam 38 saingan Liga Perdana Inggeris.

Calon d’Or 2018

Sergio Aguero (Argentina / Manchester City), Alisson Becker (Brazil / Liverpool), Kevin de Bruyne (Belgium / Manchester City), Roberto Firmino (Brazil / Liverpool), Paul Pogba (Perancis / Manchester United), Mohamed Salah (Mesir / Liverpool), Eden Hazard (Belgium / Chelsea), Harry Kane (England / Tottenham Hotspur), N’Golo Kante (Perancis / Chelsea), Hugo Lloris (Perancis /Tottenham Hotspur), Sadio Mane (Senegal/Liverpool),

Gareth Bale (Wales/Real Madrid), Karim Benzema (Perancis/ Real Madrid), Edinson Cavani (Uruguay / Paris Saint-Germain), Thibaut Courtois (Belgium / Real Madrid), Cristiano Ronaldo (Portugal / Juventus), Isco (Sepanyol / Real Madrid), Diego Godin (Uruguay / Atletico Madrid), Antoine Griezmann (Perancis / Atletico Madrid), Mario Mandzukic (Croatia / Juventus).

Marcelo (Brazil/Real Madrid), Kylian Mbappe (France/Paris Saint-Germain), Lionel Messi (Argentina/Barcelona), Luka Modric (Croatia/Real Madrid), Neymar (Brazil/Paris Saint-Germain), Jan Oblak (Slovenia/Atletico Madrid), Ivan Rakitic (Croatia/Barcelona), Sergio Ramos (Spain/Real Madrid), Luis Suarez (Uruguay/Barcelona), Raphael Varane (France/Real Madrid)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here