5 Bintang Bola Sepak Dunia Yang Memiliki Followers Instagram Tertinggi

0
1645

 

Instagram ketika ini merupakan media sosial yang cukup digemari di seluruh dunia dan tidak terkecuali juga bintang-bintang bola sepak dunia.

Kebanyakan pemain bola sepak menggunakan Instagram untuk memberitahu aktiviti seharian mereka. Selain itu, menerusi media sosial itu mereka juga boleh berinteraksi secara langung dengan peminat mereka.

Pemain bola sepak yang sudah sangat terkenal secara automatik akan memiliki jumlah followers (pengikut) Instagram yang banyak. Bahkan ada pemain yang memiliki ratusan juta followers.

Berikut merupakan lima pemain bola sepak dunia yang memiliki followers tertinggi :

Gareth Bale

Gareth Bale menjadi pemain termahal dunia pada tahun 2013. Ketika itu, pemain dari Wales ini ditebus Real Madrid dari Tottenham dengan nilai yang mencecah 100 juta euro.

Walaupun sering berhadapan dengan kecederaan, Bale boleh dikatakan punya karier yang sangat berjaya di Santiago Bernabeu. Oleh sebab itu, tidak menghairankan kalau followers Instagramnya tersenarai dalam lima tertinggi dengan jumlah 36.3 juta followers.

James Rodriguez

James Rodriguez berpindah ke Real Madrid pada tahun 2014 setelah tampil bergaya di Piala Dunia. Akan tetapi, karier pemain dari Colombia itu agak suram di Santiago Bernabeu.

Oleh kerana sering diletakkan di bangku simpanan, Rodriguez mengambil keputusan untuk berpindah ke Bayern Munich dengan status pemain pinjaman sejak musim lalu. Pemain berusia 27 tahun itu memiliki 40 juta followers di Instagram.

Lionel Messi

Lionel Messi merupakan salah seorang pemain terbaik dunia ketika ini maka tak menghairankan jika bintang dari Argentina ini memiliki followers sehingga 98.4 juta di Instagram.

Messi yang merupakan pemain bintang di Barcelona selama bertahun-tahun. Pemenang lima kali Ballon d’Or ini sentiasa tampil berbisa dan sering kali mencipta keajaiban buat Barcelona.

Neymar 

Neymar mengejutkan dunia bola sepak pada musim panas tahun lalu apabila membuat keputusan keluar dari Barcelona untuk menyertai PSG. Bintang dari Brazil ini menjadi pemain termahal dunia ketika ini setelah ditebus dengan nilai mencecah 222 juta euro.

Walaupun bermain di Ligue 1, populariti Neymar tidak pudar. Ini dibuktikan oleh pengikut Instagramnya yang kini mencapai 102 juta pengikut.

Cristiano Ronaldo

Siapa yang tidak kenal dengan Cristiano Ronaldo? Bintang dari Portugal ini merupakan seorang pemain yang sangat terkenal dalam dunia bola sepak dan memiliki followers terbanyak antara pemain bola sepak yang lain.

Ronaldo ketika ini menjadi bintang baharu Juventus dan sudah memenangi lima trofi Ballon d’Or sepanjang kariernya. Kapten Portugal itu memiliki followers di Instagram sebanyak 142 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here