5 Fakta Menarik Sebelum Perlawanan Manchester City vs Liverpool

0
241

 

Perlawanan yang ditunggu-tunggu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu pertembungan antara Liverpool dan Manchester City bakal berlangsung di Stadium Etihad awal pagi esok pada pukul 4.00 pagi waktu Malaysia.

City yang kini berada di kedudukan ke-3 liga perlu meraih kemenangan untuk mengurangkan jarak mata dengan Liverpool yang kini berada di puncak liga.

Tiga kekalahan yang dialami City dalam perlawanan sebelum ini telah menjarakkan juara bertahan itu sebanyak tujuh mata dengan Liverpool.

Perlawanan ini merupakan peluang terbaik bagi City untuk mengurangkan jarak mata dan kembali bersaing untuk mempertahankan gelaran juara EPL. Tetapi untuk meraih tiga mata menentang Liverpool bukanlah satu tugas yang mudah.

Pemain-pemain bimbingan Juergen Klopp kini berada pada tahap yang terbaik dan mereka juga merupakan satu-satunya pasukan yang belum tewas sepanjang saingan EPL musim ini.

Berikut adalah lima fakta menarik sebelum menjelang pertembungan Manchester City vs Liverpool :

1. Liverpool lebih cemerlang dari segi rekod pertemuan berbanding City. Daripada empat pertemuan terakhir, Liverpool mencatat tiga kemenangan, satu kekalahan dan satu seri.

2. City telah mengalami tiga kekalahan dalam liga, manakala Liverpool belum mengalami sebarang kekalahan dalam liga.

3. Pep Guardiola akan mendapat kemenangan ke-100 dengan City jika dia menang ke atas Liverpool.

4. Liverpool merupakan pasukan paling sedikit bolos dalam saingan EPL musim ini iaitu hanya bolos lapan gol daripada 20 perlawanan.

5. Guardiola telah bertarung sebanyak 15 kali dengan Klopp dan tujuh daripadanya berakhir dengan kekalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here