5 Fakta Suspek Pembunuh Haringga Sirilla, Ada Yang Berdalih Walaupun Jelas Ada Darah Di Kasut

1
2388

 

Tayangan 86 NETTV merakamkan detik-detik penangkapan beberapa penyokong Persib Bandung yang menjadi suspek utama insiden memukul sehingga mati seorang penyokong Persija Jakarta, Haringga Sirilla di luar Stadium Gelora Bandung Lautan Api, Kota Bandung.

Insiden tersebut sehingga kini menjadi tumpuan di Indonesia dan juga di Malaysia.

Suspek yang disyaki terlibat secara langsung telah ditahan serta merta oleh pihak polis Indonesia sejurus selepas kejadian itu.

Dalam tayangan tersebut, beberapa fakta mengenai suspek berjaya dikenal pasti oleh Polis Indonesia sehingga berjaya melakukan penangkapan.

1. Cuba Berdalih

Beberapa suspek yang ditangkap di tempat kejadian nampaknya tidak mengaku dengan serta merta yang mereka telah melakukan perbuatan keji itu.

Sebahagian daripada mereka cuba berdalih dengan mencipta pelbagai alasan dan penipuan.

Walaupun pihak polis percaya bahawa mereka adalah suspek kerana ada bintik-bintik darah di pakaian dan bahagian tubuh mereka, mereka tetap juga cuba sedaya upaya untuk berdalih bagi menyakin pihak polis bahawa mereka tidak terlibat.

2. Sempat Pulang Ke Rumah

Rupa-rupanya beberapa suspek sempat pulang ke rumah dalam usaha untuk menghapuskan kesan bukti yang dia terlibat dengan perbuatan keji itu.

Polis mengesyaki beberapa suspek mengambil masa pulang ke rumah dan menukar pakaian untuk menghilangkan kesan darah mangsa pada pakaian mereka.

3. Kasut Berlumuran Darah

Walaupun telah menukar baju tetapi mereka gagal menghapuskan semua bukti yang menunjukkan mereka terlibat secara langsung dengan insiden tersebut.

Beberapa suspek tertangkap kerana terdapat kesan darah pada kasut mereka.

Meskipun sudah jelas terdapat kesan darah pada kasut mereka, suspek masih cuba berdalih bahkan ada yang sampai mengatakan darah itu datang dari hidungnya.

4. Mengaku Menolong Mangsa

Ada pula suspek yang ditangkap di lokasi kejadian cuba menafikan tuduhan polis.

Mereka berdalih bahawa dirinya cuba menolong mangsa, Haringga Sirla.

“Nggak pak, saya justru yang nolongi dia,” kata seorang suspek.

Suspek tersebut sempat menceritakan kronologi kejadian (versi dirinya) kepada polis.

Namun semua penjelasan versi dirinya ‘terkantoi’ setelah polis menunjukkan video rakaman yang merakam jelas bahawa dirinya terlibat secara langsung dengan insiden itu.

5. Kekasih Menangis

Wanita yang disyaki sebagai isteri kepada suspek dilihat menangis tersedu-sedu dan memohon kepada polis “jangan ditangkap”.

“Pembunuh tuh lakimu itu,” jerit seorang Polis yang cuba menenangkan isteri suspek setelah suaminya ditangkap.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here