5 Pemain Bintang Yang Menyesal Berpindah Ke Pasukan Baharu

1
2966

 

Selepas menyelesaikan proses perpindahan, pastinya pemain tersebut mengharapkan dapat beraksi dengan baik bersama kelab baharunya. Lebih-lebih lagi, keputusan berhijrah diputuskan oleh pemain itu sendiri.

Walau bagaimanapun, tidak semua pemain mendapat situasi yang diharapkan selepas berpindah kelab baharu. Ada pemain yang kecewa dan menyesal berada di kelab baharunya kerana pelbagai sebab.

Antara penyebab utama pemain merasa menyesal setelah berpindah adalah bila mereka gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Berikut merupakan lima pemain bintang yang mungkin menyesal selepas berpindah ke pasukan baharu:

Fabinho

Fabinho merupakan pemain utama di AS Monaco sejak usia 20 tahun lagi. Dia menjadi pemain tonggak AS Monaca dan telah membuat lebih 200 penampilan bersama kelab itu.

Pemain dari Brazil ini kemudian direkrut oleh Liverpool dengan harga 40 Juta pounds pada musim panas lalu. Meskipun meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasukan baharunya itu, Fabinho baru tiga kali beraksi di atas padang dan dia seperti gagal memasuki sistem permainan yang diterapkan Jurgen Klopp.

Pemain berusia 25 tahun ini mungkin menyesali pilihannya berpindah ke Liverpool sedangkan dia ada pilihan untuk menyarung jersi Arsenal.

Fernando Llorente

 

Setelah melalui musim pertama yang berjaya dalam kencah Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Swansea City, Fernando Llorente mengambil keputusan berpindah ke Tottenham dengan nilai 12 juta pounds. Tetapi, peranan Llorente berkurang dari masa ke masa dan kini dia boleh dikatakan bernasib baik sekiranya dapat membuat penampilan dari bangku simpanan.

Pemain dari Sepanyol ini tahu dia tidak akan menjadi pilihan pertama sekiranya dia terus kekal bersama Tottenham. Namun, Llorente tetap mengharapkan dapat memiliki minit bermain yang banyak.

Llorente telah menyatakan kekesalan mengenai keadaannya di kelab itu. Pemain berusia 33 tahun itu mungkin memohon untuk berpindahan apabila jendela perpindahan seterusnya dibuka.

Malcom

Malcom menyertai Barcelona pada musim panas lalu setelah prestasi cemerlang bersama Bordeaux. Pemain berusia 21 tahun ini pada awalnya gembira kerana dapat menyertai salah satu pasukan terbesar di dunia.

Namun, Malcom seperti mula menyesali keputusan menyertai Barcelona sedangkan dia hampir-hampir menyertai AS Roma.

Sekiranya bersama AS Roma, Malcom dilihat tidak mempunyai masalah untuk lebih banyak beraksi di atas padang dan juga tampil di Liga Juara-Juara (UCL).

Setakat ini, Malcom baru tampil sebanyak dua kali di Sepanyol dan sudah dikatakan sedang mencari jalan keluar dari Camp Nou.

Alvaro Morata

Chelsea berjaya mengalahkan banyak kelab lain dalam usaha mereka membawa Alvaro Morata pada musim panas 2017. Akan tetapi, Morata ketika ini mengalami kesukaran dan telah menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak.

Morata gagal meledak banyak gol seperti yang diharapkan. Oleh kerana itu, tidak hairan pemain termahal Chelsea ini mula dikaitkan dengan kepulangan ke Itali dan Sepanyol.

Pemain Sepanyol itu sudah meluahkan rasa kekesalannya berada London dan mengisyaratankan bahawa masa depannya bersama di Chelsea tidak akan bertahan lama.

Alexis Sanchez

Alexis Sanchez sedang mengalami situasi yang sukar di Manchester United. Penyerang berusia 29 tahun itu dilihat sukar untuk memperagakan penampilan terbaiknya, malah namanya telah tercicir dalam beberapa perlawanan.

Sanchez mungkin tidak hanya menyesal meninggalkan Arsenal, dia mungkin turut menyesal kerana tidak memilih Manchester City. Sanchez bolah menyertai City selepas kontraknya berakhir di Arsenal pada musim panas lalu dan dia berpeluang menambah koleksi piala sekiranya bersama Pep Guardiola.

Sanchez kini lebih banyak memanaskan bangku simpanan Red Devils. Situasi yang sukar diterima oleh penyokong United memandangkan dia adalah pemain yang mendapat bayaran gaji tertinggi di EPL.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here