6,000 Penyokong Harimau Malaya ‘Berkampung’ Di Stadium

0
147

 

Walaupun kaunter tiket perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dibuka jam 9 pagi esok, penyokong sudah mula beratur seawal jam 9 malam untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang.

Berdasarkan tinjauan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), diangarkan sekitar 6,000 penyokong sudah ‘berkampung’ di Kaunter Tiket Pintu A & E stadium.

Esok, 40,000 tiket akan dijual sehingga 5 petang atau sehingga habis, namun FAM menjangkakan jumlah baki tiket yang masih ada (selepas 40,000 keping habis terjual menerusi online) akan terjual dengan pantas dan berkemungkinan bakal menyebabkan terdapat penyokong yang hadir pada pagi esok gagal untuk membeli tiket kerana sudah kehabisan.

Sebelum ini, 40,000 tiket sudah dijual secara dalam talian melalui dua sesi jualan pada hari Jumaat dan Sabtu.

Jualan tiket secara fizikal akan dibuka esok di Stadium Nasional Bukit Jalil serta premis terpilih Al-Ikhsan.

Satu kaunter tiket khas juga dibuka di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada penyokong yang mempunyai keratan tiket perlawanan separuh akhir kedua Harimau Malaya menentang Thailand, di Bangkok.

Jualan tiket esok dijangka akan habis dijual dalam tempoh singkat. Ini berdasarkan sambutan hangat peminat tempatan ketika aksi menentang Thailand serta Myanmar (peringkat kumpulan) yang menyaksikan lebih 80,000 penyokong membanjiri stadium.

Berdasarkan perkongsian gambar dan info melalui laman sosial penyokong, ramai yang mula beratur awal dengan ada yang membawa tikar serta bekalan makanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here