Ada 4 lagi Akhyar Yang Bakal Dilahirkan Kedah, Ada Yang Nak ‘Curi’ Lagi?

0
264
Foto: Utusan

 

Kontroversi perpindahan Akhyar Rashid Ke Johor Darul Ta’zim (JDT) mengegarkan arena bola sepak tanah air sehingga berlaku serang-menyerang kenyataan antara pengurusan JDT dan Kedah di media sosial.

Kehilangan Akhyar pastinya menjejaskan Kedah namun mereka sebenarnya memiliki beberapa bakat muda yang boleh dilahirkan apabila musim 2019 bermula.

Oleh itu, para penyokong Kedah mahu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberi perhatian serius untuk melindungi empat bintang yang dianggap ‘ubi’ baharu Lang Merah. Langkah ini penting agar kes seperti Akhyar tidak akan berulang lagi di masa akan datang nanti.

Empat pemain itu adalah Mohd. Fazrul Danel Nizam, Mohamad Fayadh Zulkifli Amin, Zhafir Yusof dan Hidhir Idris ­dilihat sebagai calon pemain yang mampu menjadi sebaik Akhyar atau lebih bagus daripada Penyerang Terbaik Kebangsaan 2018 itu.

Kedah sememangnya cukup terkenal sebagai ‘kilang terbaik’ dalam melahirkan bakat bola sepak tempatan. Jadi pastinya ramai yang tidak terkejut jika pasukan itu dapat melahirkan ‘Akhyar’ seterusnya dalam tempoh singkat.

MOHD. FAYADH ZULKIFLI AMIN

Tarikh lahir: 14 September 1998

Pasukan lama: Piala Presiden Kedah

Posisi: Tengah

Tinggi: 1.60 meter

Walaupun bertubuh kecil, kelicikan Mohd. Fayadh Zulkifli Amin membolehkannya menjadi watak utama yang membawa Kedah muncul naib juara Sukan Malaysia dan Piala Presiden 2018.

Fayadh, 20, mula menjadi tumpuan selepas muncul pemain terbaik perlawanan akhir Piala Menteri Besar Kedah 2017 ketika beraksi buat pasukan Kubang Pasu.

MOHD. FAZRUL DANEL NIZAM

Tarikh lahir: 14 Januari 1998

Pasukan lama: Piala Presiden Kedah

Posisi: Tengah

Tinggi: 1.75 meter

Seperti Fayadh, Fazrul Danel juga memainkan peranan penting buat Kedah dalam Sukma dan Piala Presiden 2018 bagi membolehkannya dinaikkan pangkat ke skuad senior musim depan.

Kebolehan bermain di mana-mana posisi bahagian te­ngah antara faktor utama dia ­dipanggil menyarung jersi skuad bawah 21 tahun Malaysia dalam Piala Newspaper di Vietnam, tahun lalu.

MOHD. HIDHIR IDRIS

Tarikh lahir: 29 Mei 1997

Pasukan lama: Piala Presiden kedah

Tempat lahir: Alor Setar

Posisi: Sayap

Tinggi: 1.65 meter

Posisi Hidhir Idris sama ­seperti Akhyar. Dia kerap ber­aksi di sayap kiri atau kanan.

Kemunculan awalnya bersama skuad senior Kedah musim lalu meresahkan penyokong, namun Hidhir pantas menyesuaikan diri dengan pasukan dan berjaya menjadi watak penting Lang Merah sepanjang musim.

Ramai yang menjangkakan, pemain berusia 21 tahun akan menyerlahkan kemampuan sebenar pada musim 2019 selepas menimba banyak pengalaman pada 2018.

MUHAMMAD ZHAFIR YUSOF

Tarikh lahir: 30 April 1999

Pasukan lama: Piala Presiden Kedah

Posisi: Sayap/Serangan

Biarpun baru berusia 19 tahun, Muhammad Zhafir Yusof sudah diberi kepercayaan beraksi bersama skuad senior Kedah dalam kempen Liga Malaysia 2018 dan kerap ber­aksi di posisi sayap.

Sangat licik sama ada beraksi di sayap kiri mahu pun kanan, Zhafir juga cemerlang di pentas antarabangsa dengan menjadi watak penting ketika membantu skuad bawah 19 tahun bimbingan Bojan Hodak ber­aksi dalam Piala AFC 2018.

Bakat Zhafir mula dikesan ketika berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di Kepala Batas, Kedah.

Kariernya semakin naik selepas diserap ke Sekolah Sukan Gambang (SSMP) di Pahang.

Anak jati kedah itu menjadi watak penting pasukan negeri dalam Piala Presiden, selain Pia­la Belia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here