Ada Penyokong Yang ‘Kitar Semula’ Tiket Dan Ada Juga Yang Masuk Tanpa Tiket

0
635

 

Bagi mereka yang hadir menyaksikan sendiri final pertama AFF Suzuki Cup 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi pastinya menyedari ada penyokong yang tiada tempat duduk walaupun memiliki tiket.

Situasi tersebut bukan sahaja berlaku di tempat duduk terbuka dengan tiket semurah RM40 tetapi juga turut berlaku di bahagian tempat duduk VIP.

Lebih mengecewakan apabila kawasan pihak media turut terganggu dengan lebihan penyokong sehingga mengakibatkan mereka sukar membuat liputan.

Biarpun diumumkan kehadiran penyokong semalam adalah sekitar 88,000, tetapi angka tersebut jelas tidak mengambarkan keadaan sebenar yang berlaku di stadium.

Lihat sahaja pada gambar yang dimuat naik di Twiter oleh seorang penyokong yang hadir ke stadium semalam.

Ada para jemputan VIP juga tidak berjaya mendapatkan tempat duduk ekoran limpahan penyokong Vietnam yang telah merampas tempat duduk di kawasan VIP.

Di bahagian petugas media turut menerima nasib yang sama apabila para penyokong Vietnam dan jemputan VIP yang duduk di kawasan kerusi petugas media. Situasi yang jelas menganggu petugas media untuk menjalankan tugas.

Keadaan sesak ini bagai menunggu bencana yang berlaku, bayangkan jika ada kecemasan dan tiada laluan keluar untuk penyokong. Pasti ramai yang akan terkorban jika itu berlaku.

Video dari Ian Johan Ariff ini menjadi bukti kukuh bahawa kehadiran penonton semalam bukan 88,842 orang seperti yang diumumkan dan isu keselamatan penyokong didalam stadium menjadi taruhan tanpa sebarang kesedaran.

Ramai penyokong yang mengadu mengenai individu-individu yang masuk tanpa tiket atau menggunakan tiket yang sama untuk individu berbeza. Perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ini boleh mengundang bencana di masa hadapan. Mungkin ianya tidak berlaku malam tadi, tetapi jangan kita menunggu bencana berlaku baru hendak melakukan sesuatu.

Banyak penambahbaikan yang perlu diambil oleh bagi Pihak Perbadanan Stadium dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar situasi seperti malam tadi tidak berlaku.

Bagi penyokong pula, kita juga perlu mengubah mentaliti. Ini bukan masalah pengurusan semata-mata. Janganlah kita terlalu mahu menyaksikan perlawanan di stadium sehingga melakukan perkara yang salah. Masuk tanpa tiket dan membayar petugas untuk masuk itu sudah boleh dikira sebagai rasuah. Anda mungkin gembira, tetapi jangan kerana anda ramai yang akan berduka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here