Adakah James Rodriguez Bakal Kembali Ke Real?

0
83

 

Pemain tengah Colombia, James Rodriguez sudah bermain di Bayern Munich selama setahun setengah tapi dia masih merupakan pemain dari Real Madrid yang dipinjamkan ke Bayern. Tempoh pinjamannya di Bayern akan berakhir pada 30 Jun 2019 nanti, dan dia bakal kembali ke Real.

Terdapat khabar angin bahawa Bayern bakal membeli James dari Real, tetapi sehingga kini masih belum ada tawaran rasmi dari kelab itu dan ini jelas menandakan bahawa James bakal kembali ke Real. Selain itu, James juga dikhabarkan memiliki hubungan yang kurang baik dengan jurulatih Bayern, Niko Kovac.

Walau bagaimanapun, James tegas menjelaskan bahawa hubungannya dengan Kovac baik-baik sahaja buat masa ini. Mengenai masa depannya , James menjelaskan bahawa belum memikirkannya dan baginya buat masa sekarang hanya fokus sebagai pemain Bayern sahaja. Selain itu, James yang baru pulih dari kecederaan sedang fokus dalam meningkatkan prestasinya kembali.

“Kerjaya saya pada masa ini adalah dengan Bayern Munich. Saya mempunyai kontrak dengan mereka sehingga Jun 2019. Saya baik-baik saja di sini, saya tenang. Pada bulan Jun kita akan lihat apa yang berlaku, tetapi pada masa ini saya hanya memikirkan Bayern, ” jelas James, dilapor Four Four Two.

“Saya pulih dengan baik dan saya benar-benar berharap untuk memulakan tahun ini. Bayern mempunyai skuad yang baik, dan saya tidak ada masalah sama sekali dengan Kovac,” jelas midfielder berusia 27 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here