Adisak Kecewa Penalti ‘Ke Pluto’

0
759

 

Penyerang Thailand, Adisak Kraisorn mengakui amat kecewa dengan kegagalan dirinya menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menyebabkan Thailand tersingkir di peringkat separuh akhir Piala AFF 2018 kepada Malaysia.

Lebih memeritkan apabila kegagalan Thailand mempertahankan kejuaraan berlaku di hadapan puluhan ribu penyokong mereka sendiri di Stadium Nasional Rajamangala.

Adisak yang merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan 8 gol, mensia-siakan peluang menerusi sepakan penalti di masa kecederaan ketika kedudukan terikat 2-2.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia mara ke final buat kali keempat menerusi kelebihan gol di tempat lawan.

“Saya sangat sedih dan kecewa bila memikirkan apa yang berlaku. Memang ini kesilapan saya,” katanya menahan sebak ketika ditemui pemberita selepas perlawanan semalam.

Tambah mengecewakan buat pemain kelab Muangthong United itu, dia dan rakan sepasukan gagal memberikan kemenangan buat penyokong Gajah Perang sempena ulangtahun mendiang Raja Thailand Bhumibol semalam.

Kata Adisak lagi, dia akan mencari semula semangat bagi mengembalikan fokusnya bersama Thailand untuk menghadapi pusingan akhir Kejohanan Piala Asia di Emirah Arab Bersatu (UEA) Januari tahun depan.

“Misi kami selepas ini adalah Piala Asia Januari depan, jadi saya dan pemain lain perlu bersedia kerana ia pentas lebih besar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here