Akhirnya JDT Dapat Akhyar!

0
366

 

Impian kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mendapatkan pemain muda berbakat, Akhyar Rashid akhirnya berjaya direalisasikan.

Menerusi media sosial rasmi kelab selatan itu, JOHOR Southern Tigers, satu video telah dimuatnaik sebagai pengumuman Akhyar sah menjadi milik kelab itu.

Konflik melibatkan Akhyar ini pastinya tidak akan berakhir disini kerana Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih belum berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terutamanya yang melibatkan nilai pampasan RM75,000.

Malah KFA turut mendakwa Akhyar masih memiliki kontrak yang sah dengan mereka dan mahu pemain itu melaporkan diri untuk sisi latihan pasukan Kedah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here