Akhirnya Liga Utama Indonesia Digantung

0
2473

 

Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) membuat keputusan menggantung liga bola sepak utama negara itu untuk tempoh yang belum diputuskan lagi.

Pengerusi PSSI, Edy Rahmayadi berkata keputusan drastik itu dibuat bagi membolehkan siasatan kematian Haringga Sirila berjalan lancar.

“Kami perlu pastikan segala langkah diambil sebelum sebarang tindakan boleh dikenakan.

“Kami mempunyai undang-undang, mungkin akan ada sekatan atau larangan bermula yang paling ringan seperti teguran sehinggalah denda malah dibatalkan penyertaan,” kata Edy.

Haringga yang merupakan penyokong Persija Jakarta terbunuh setelah dibelasah sekumpulan penyokong Persib Bandung berdekatan Stadium Gelora Bandung Lautan Api sebelum perlawanan antara kedua-dua pasukan berlangsung.

Satu Video tragedi itu tersebar di media sosial sekali gus menggemparkan seluruh Indonesia.

Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi menyokong langkah menghentikan seketika aksi Liga 1 bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Ini sebagai menghormati mangsa dan keluarganya selain menzahirkan kesedihan dan kekecewaan seluruh masyarakat Indonesia tehadap insiden ini. Satu nyawa lebih mahal daripada bola sepak,” kata Imam .

“(Siasatan) bermula hari ini. Selepas itu kami bersama beberapa pihak akan mengambil langkah berikutnya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here