Akhyar Bakal Berdepan Saman Kerana Langgar Kontrak Dengan Ejen?

0
607

 

Akhyar Rashid mungkin akan berdepan saman kerana dikatakan telah melanggar kontrak dan menafikan hak Marquee Sports Management (MSM) sebagai ejen yang sah kepada pemain muda 19 tahun itu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Wan Mohd Anwari Wan Amran yang merupakan pemilik MSM.

Dalam masa yang sama, menerusi sukansinar Wan Mohd Anwari  mengatakan pihaknya kini sedang berurusan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melihat apakah jenis tindakan yang boleh dikenakan kepada Akhyar bagi membolehkan pihaknya mendapat pampasan yang setimpal dengan yang telah dilakukan oleh pemain itu.

“Akhyar berani untuk buat masalah ini dan sekarang dia kena berani juga untuk hadapi apa yang dia dah buat. Saya akan berbincang dengan FAM untuk tahu apa bentuk tindakan yang boleh saya lakukan kepadanya.

“Saya cuba untuk dapatkan pampasan atau apa sahaja berkaitan kes ini. Tidak kiralah apa nilai pampasan itu sekali pun, saya cuma mahu hak saya.

“Saya tidak buat untuk balas dendam, dan saya juga gunakan saluran yang betul tanpa memaki hamun ahli keluarganya atau apa sahaja. Saya dah cuba cara baik, tetapi dia tak nak layan, jadi saya terpaksa melalui FAM,” katanya seperti dipetik dari portal sinarsukan.

Wan Mohd Anwari turut menegaskan beliau tidak takut sekiranya Akhyar mahu meninggalkan MSM berikutan kes ini, sebaliknya beliau percaya ada lebih ramai pemain muda lain yang memiliki bakat setaraf dengannya.

“Akhyar masih mempunyai kontrak sehingga Januari 2009 dan selepas itu jika beliau mahu tinggalkan MSM, tak apalah. Saya tak akan merayu. Ramai lagi pemain boleh kami kembangkan.

“Di Malaysia, bukan hanya ada Akhyar sahaja pemain bola sepak. Saya percaya ada ramai lagi budak-budak muda masih belum digali dan akan ada ‘the next Akhyar Rashid’.

“Kami mahu cari pemain yang serius untuk majukan diri mereka dan sentiasa bersama-sama dengan ejen untuk berkembang menjadi pemain bertaraf intang di masa akan datang,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here