Akhyar: Terima Kasih Kedah Atas Segalanya!

0
283

 

Pelbagai reaksi di laman sosial yang diterima penyerang kebangsaan Akhyar Rashid diatas perpindahan penuh kontroversinya ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ada yang mengencam dan ada juga yang memuji langkah berani penyerang muda itu.

Akhyar hanya mengambil sikap berdiam diri sepanjang lapan hari dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain Harimau Selatan dan 24 jam berlalu sejak latihan pertamanya bersama pasukan baharunya.

Namun dia akhirnya membuka mulut dengan mengucapkan terima kasih kepada bekas pasukannya Kedah dalam akaun Instagram.

“Terima kasih Kedah atas segala-galanya! Semoga berjaya dan cemerlang pada tahun 2019! Terima kasih juga untuk penyokong tegar Hijau Kuning yang banyak menyokong saya selama ini. #PulunKedahPulun.”

Dalam posting tersebut Akhyar turut memuat naik 10 gambar dia beraksi di samping rakan sepasukan Helang Merah dan penyokong.

Tetapi ucapan terima kasih Akhyar dibalas dengan kecaman menerusi satu video berasingan dimuat naik dalam laman Kedah Media Hub @langhijaukuning, penyokong pasukan utara itu mencipta lagu khas buat Akhyar yang mengecam klausa tebus kontrak bernilai RM12 juta bersama JDT.

Selain lagu di tepi padang itu, penyokong Kedah turut memulakan kampen untuk tidak ‘follow’ Akhyar dalam semua platform media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here