Akhyar Tidak Akan Sertai JDT?

0
1163

 

Viral di media sosial satu perbualan dalam aplikasi WhatApp yang mengatakan Akhyar Rashid ditawarkan gaji sebanyak RM70,000 jika bersetuju menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.

Perbualan tersebut turut menyebut, penyerang remaja Harimau Malaya itu juga ditawarkan sebuah kereta Toyota C-HR dan Vellfire.

Namun, bekas pemain Kedah, Rafdi Rashid yang merupakan abang kepada Akhyar menegaskan perbualan tersebut adalah palsu.

“Mereka sudah edit (ubah perbualan), ia bukan WhatsApp saya.

“Depa (mereka) tular macam-macam lanie (sekarang). Saya pening.

“Saya pun tidak tahu apa motif buat macam ini. Ramai nak tau (ingin tahu) Mat Yat (Akhyar) pergi JDT atau dak (tidak), sebab tu depa buat cerita macam-macam. Saya lanie nak cakap pun payah (susah),” kata Rafdi.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Akhyar akan menyertai juara Liga Super lima kali berturut-turut itu musim depan biarpun masih mempunyai kontrak bersama Kedah hingga 2019.

Pemain berusia 19 tahun itu kini bersama skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF 2018. Sekiranya dia memilih untuk menyarung jersi JDT, ia dianggap keputusan tepat memandangkan skuad Harimau Selatan bakal bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), pentas yang sama sekali bakal memberi pendedahan baharu kepadanya.

Akhyar menjadi tumpuan sejak beberapa musim ini apabila tampil dengan aksi menarik dalam setiap perlawanan, selain kerap menjaringkan gol-gol penting.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here