Aksi kelam-kabut pelajar-pelajar Kantoi ‘Fly’ Dari Sekolah Asrama, Aksi Pelajar Buat Netizen Pecah Perut

0
251

Siapa pernah bersekolah asrama, angkat tangan!

Bagi mereka yang pernah ke sekolah berasrama, mesti banyak kenangan yang tak dapat dilupakan.

Antaranya makan ramai-ramai di dewan makan, Subuh berjemaah setiap hari, kelas prep malam dan semestinya, sesi outing.

Apa itu ‘fly’?

Orang kata semua yang pergi ke sekolah asrama ni kebanyakannya budak-budak pandai je. Dia punya bijak tu sampaikan nak keluar pun, pandai cari peluang untuk fly.

Mungkin ada yang bertanya, fly tu apa?

Fly tu istilah digunakan untuk gambarkan situasi pelajar keluar kawasan sekolah secara haram atau tanpa kebenaran cikgu.

Sesetengah sekolah ada sesi outing cuma sebulan sekali. Ada juga 2 minggu sekali.

Kalau terkantoi, macam mana?

Kalau ke sekolah asrama tak pernah fly, kawan-kawan lain akan tuduh korang ni budak nerd or baik-baik.

Tapi kalau berjaya fly, kira achievement unlocked! Janji tak kantoi dengan warden atau mana-mana cikgu.

Kalau dah terkantoi, macam mana? Tengok video ni:

“Ingatkan korang cikgu..”

Aksi kelam-kabut pelajar-pelajar dari sebuah sekolah dipercayai di Merlimau, Melaka ini memang kelakar.

Berterabur lari masing-masing! Mesti ingat cikgu yang kejar tapi rupa-rupanya bukan.


Kesian tau tengok kelam- kabut adik-adik ni, jahat lah korang..haha!

Sekali 2 pusingan kena kejar rupanya. Ish ish ish..mesti rasa nak gugur jantung adik-adik tu.

“Boleh la terus merentas desa sekali”

Netizen yang tengok pun pecah perut lihat aksi adik-adik ni berlari bak Flashman. Bukan saja sebab tengok aksi larian tu tapi buat diorang teringat juga kenangan sebagai pelajar asrama.

“Dulu relax je panjat pagar sekolah lepak mamak”

Harap-harap ini jadi kenangan manis buat adik-adik nanti. Jadilah orang yang berguna bila besar ek!

Kalau bernasib baik, ada yang dah terkantoi dengan cikgu pun, cikgu boleh join sekali!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here