Aksi Malaysia-Myanmar Pecah Rekod Kehadiran Tertinggi AFF2018

1
442

 

Aksi terakhir Kumpulan A antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini bakal memecah rekod kehadiran penyokong tertinggi dalam kejohanan Piala AFF 2018 setakat ini.

Dalam satu muat naik di facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), badan induk bola sepak negara itu mengesahkan sebanyak 62,307 tiket perlawanan itu sudah terjual setakat petang semalam.

Masih belum dapat disahkan jumlah sebenar penyokong yang bakal hadir kerana masih terdapat baki sebanyak 20,993 keping tiket lagi akan dijual pada pukul 10.00 pagi ini sehingga sepak mula perlawanan.

Namun dengan angka 62,307 sudah cukup untuk memecahkan rekod kehadiran tertinggi penonton yang dipegang Stadium Nasional My Dinh sebelum ini dengan kehadiran 40,000 penyokong ketika aksi antara Vietnam dan Malaysia pada 16 November lalu.

Aksi Harimau Malaya di gelanggang lawan dilihat sentiasa mendapat sambutan daripada segi kehadiran penyokong, selepas aksi menentang Kemboja di Stadium Olimpik turut mencatat jumlah kehadiran tinggi dengan 34,250.

Namun, hanya 12,127 penyokong Harimau Malaya hadir ke stadium ketika skuad negara berdepan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 November lalu.

Perlawanan malam ini cukup penting buat kedua-dua pasukan kerana bakal menentukan sama ada Malaysia atau Myanmar yang akan melangkah ke peringkat separuh akhir.

Harimau Malaya wajib menang, manakala Myanmar hanya perlu seri selepas meraih tujuh mata dan Malaysia pula sekadar meraih enam mata.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here