Alamak! Naby Keita Pula Cedera..

0
760

 

Pasukan Liverpool menerima perkhabaran buruk apabila pemain tengah mereka, Naby Keita menghadapi kecederaan hamstring dan terpaksa digendong keluar oleh rakan sepasukan Guinea kerana tiada kemudahan pengusung di Stadium Rwanda.

Sepanjang tugasan Liga Negara-Negara Afrika, Keita merupakan bintang Liverpool ketiga yang dilanda kecederaan selepas Mohamed Salah (otot paha) dan Sadio Mane (patah ibu jari).

Kecederaan hamstring yang dialami Keita disahkan sendiri oleh pegawai Guinea tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai pemain yang menyertai Liverpool akhir musim lalu dari RB Leipzig itu.

Aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2019 yang berlangsung di Stade Nyamirambo di Kigali, Rwanda berkesudahan dengan keputusan terikat 1-1 sekaligus meranapkan impian pendahulu Guinea untuk layak dengan baki dua perlawanan.

Salah yang berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penjuru pula terpaksa digantikan sebelum tamat permainan ekoran menghadapi kecederaan. Dalam perlawanan di Kaherah itu Mesir berjaya menewaskan eSwatini dengan keputusan 4-1.

Manakala Mane yang merupakan pemain kebangsaan Senegel dilaporkan terpaksa dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan tangan ketika sesi latihan sebelum aksi bertemu Sudan.

Situasi yang pastinya kurang disenangi dan memeningkan kepala jurulatih Jurgen Klopp kerana bakal kehilangan empat pemain utama disebabkan kecederaan (Salah, Mane, Keita dan juga Virgil van Dijk) untuk bertandang ke laman Huddersfield Town Sabtu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here