Antara 6 Pasukan teratas EPL, Liverpool Memiliki Ramai Pemain

0
330

 

Jumlah pemain dalam pasukan Liverpool pada musim 2018/19 merupakan yang paling ramai di antara pasukan-pasukan yang berada di posisi enam teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool ketika ini memiliki 30 orang pemain untuk skuad utama mereka.

Jumlah tersebut belum lagi termasuk 14 orang pemain mereka yang telah dipinjamkan ke pasukan-pasukan lain pada musim ini.

Dari segi jumlah pemain, Liverpool telah mengatasi Manchester City, Tottenham Hotspur, Chelsea, Arsenal dan Manchester United yang rata-rata hanya memiliki jumlah pemain kurang dari 30 orang.

Arsenal merupakan sebuah pasukan yang memiliki paling sedikit pemain dari kesemua pasukan teratas EPL musim ini.

Pasukan Arsenal yang berada di bawah bimbingan Unai Emery hanya memiliki 25 orang pemain sahaja untuk skuad utama mereka.

City pula berada di bawah Liverpool dengan memiliki 28 orang pemain untuk skuad utama mereka.

Tottenham pula pada musim ini hanya memiliki 27 orang pemain untuk skuad utama mereka.

Manakala United dan Chelsea pula, hanya memiliki 26 orang pemain sahaja untuk skuad utama mereka.

Jumlah pemain yang ramai untuk pasukan Liverpool pada musim ini nampaknya terbukti memberi mereka sedikit kelebihan untuk menduduki tangga teratas liga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here