Anugerah Bola Sepak FIFA 2018: Messi Pilih Modric, Ronaldo Pilih Varane

0
1687

 

Dua bintang sensasi bola sepak dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo ternyata memiliki pilihan berbeza dalam undian untuk Anugerah Bola Sepak FIFA 2018.

Seperti yang diketahui, Luka Modric menamatkan dominasi Ronaldo dan Messi apabila dinobat selaku Pemain Terbaik Lelaki FIFA, awal pagi tadi.

Modric mengutip 29.05 peratus undian, manakala penyerang Juventus Ronaldo (19.08%) dan bintang Liverpool Mohamed Salah (11.23%) untuk tempat kedua dan ketiga.

Berbeza Pilihan

Selepas pengumuman pemenang dibuat, FIFA mengagihkan dokumen rasmi yang mengandungi senarai pilihan yang dibuat oleh kapten pasukan kebangsaan, jurulatih pasukan kebangsaan, dan wakil media negara anggota.

Dari dokumen ini, diketahui Messi yang bertindak sebagai kapten Argentina nampaknya memilih Modric di tempat pertama, diikuti oleh Kylian Mbappe di tempat kedua dan Ronaldo di tempat ketiga.

Tidak seperti Messi, Ronaldo, yang bertindak sebagai kapten Portugal, memilih bekas rakan spasukannya dari Real Madrid, Raphael Varane di tempat pertama, diikuti oleh Modric di tempat kedua dan Antoine Griezmann di tempat ketiga.

Undian Ronaldo Untuk Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2018
Undian Messi Untuk Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2018

Ronaldo Dan Messi Tidak Menghadiri Majlis

Ronaldo dan Messi disenaraikan dalam pasukan terbaik dunia FIFA FIFAPro World 11 bersama sembilan pemain lain. Namun tak seperti sembilan pemain lain, Ronaldo dan Messi mengambil keputusan untuk tidak menghadari majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2018 di London, awal pagi tadi.

Selain Ronaldo dan Messi, sembilan pemain lain yang tersenarai dalam pasukan terbaik dunia adalah David De Gea, Dani Alves, Sergio Ramos, Raphael Varane, Marcelo, Luka Modric, N’Golo Kante, Kylian Mbappe dan Eden Hazard.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here