Arsenal Dan Tottenham Didenda RM504,597

0
336

 

Arsenal dan Tottenham yang gagal mengawal tingkah laku pemain mereka pada aksi jiran tetangga dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), 2/12/2018, masing-masing didenda dengan jumlah keseluruhan 95,000 pound atau RM504,597, menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris.

Kontroversi mula tercetus apabila pemain simpanan Arsenal mula marah dengan tindakan Eric Dier ketika meraikan jaringannya sehingga berlaku pergaduhan.

Eric Dier meraikan gol jaringannya

Dalam perlawanan itu, Spurs tewas 2-4 di tangan Arsenal.

“Arsenal dan Tottenham Hotspur masing-masing didenda sebanyak 45,000 pound (RM238,990) dan 50,000 pound (RM265,545) selepas kedua-dua kelab mengakui gagal mengawal tingkah laku pemain mereka,” dilaporkan FA Inggeris.

Kontroversi di Stadium Emirates ini semakin bertambah panas apabila ada penyokong Spurs melontar kulit pisang selepas Aubameyang menjaringkan gol. Spurs berjanji akan mengambil tindakan ke atas pelaku itu.

Pihak polis turut mendakwa empat lelaki susulan insiden yang berlaku selepas perlawanan.

Pada perlawanan suku akhir Piala Liga (EFL Cup), 20/12/2018, Arsenal dan Tottenham sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila pemain Spurs, Dele Alli terkena balingan botol air daripada penyokong selepas dia menjaringkan gol kedua Spurs.

Arsenal mengesahkan mereka sudah mengenal pasti imej individu yang membaling botol air kepada Alli.

Selepas terkena botol air itu, Alli mula bertindak balas dengan menunjukkan 2-0 ke arah penyokong Arsenal.

Tindak balas Dele Alli selepas terkena botol air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here