Arsenal Kalahkan Chelsea, Jurulatih Chelsea Naik Angin

0
300

 

Jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri naik angin selepas Chelsea tewas 0-2 kepada Arsenal dalam perlawanan awal pagi tadi.

Dengan kemenangan tersebut, Arsenal akhirnya kembali membuka peluang untuk memburu tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini bagi menempah slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan.

Dua gol Arsenal dijaringkan oleh Alexandre Lacazette pada minit ke-19 dan Laurent Koscielny pada minit ke-39.

Kemenangaan tersebut juga membolehkan Arsenal mengejar kedudukan Chelsea di tangga keempat liga dengan hanya perbezaan tiga mata sahaja.

Arsenal kini di tangga kelima liga dengan mengumpul 44 mata.

“Saya sangat marah. Kekalahan ini lebih disebabkan oleh mental. Kami bermain menentang pasukan yang lebih bersungguh berbanding kami dan saya tidak boleh menerimanya.

“Jelas, kelihatan kumpulan pemain ini sangat sukar untuk diberi motivasi,” kata Sarri dalam bahasa bahasa Itali menggambarkan kekecewaannya.

Prestasi Chelsea kini kelihatan agak merudum kerana telah mencatat empat kekalahan dalam 11 perlawanan liga musim ini.

Berdasarkan kekalahan yang dialami Chelsea itu, sekali gus memberikan gambaran bahawa mereka sangat memerlukan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain yang akan dipinjam daripada Juventus.

“Kami mempunyai isu yang sama dalam permainan liga di Tottenham.

“Kami bercakap tentang kekalahan itu dan saya ingatkan isu itu berjaya ditangani.

“Tetapi kelihatan kami masih mempunyai isu ini dan mereka masih kelihatan kurang motivasi dan tidak mempunyai kekuatan mental serta azam yang tinggi,” jelas Sarri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here