Arsenal Tidak Takut Untuk Bertemu Liverpool

0
167

 

Jurulatih Arsenal, Unai Emery, mengakui tidak takut untuk berhadapan Liverpool yang masih belum tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Emery menganggap perlawanan di Stadium Anfield itu nanti akan menjadi kayu pengukur kemampuan sebenar pasukannya.

Berdasarkan rekod perlawanan sebelum ini, Arsenal tidak pernah menang sewaktu bertandang ke Stadium Anfield sejak September 2012.

Namun peluang untuk Arsenal menang masih ada, tetapi agak tipis, memandangkan The Gunners mengalami masalah kecederaan pemain dan penurunan prestasi dalam dua perlawanan terakhir.

Walaupun begitu, Emery enggan mengalah dengan mudah sebelum perlawanan berlangsung pada hari Ahad 30 Disember 2018, 1.30 pagi waktu Malaysia nanti.

Jurulatih berusia 47 tahun itu akan memastikan pemainnya mempamerkan prestasi terbaik untuk mengukur sejauh mana perbezaan antara Arsenal dan Liverpool.

“Ini adalah perlawanan yang sangat besar buat kami dan juga mereka masih belum kalah musim ini. Saya telah melihat kemajuan mereka sejak tahun lepas dan mungkin pada saat ini berada di saat terbaik,” kata Emery, dipetik dari laman web rasmi Arsenal.

“Bagi kami ini akan menjadi satu cabaran besar serta ujian terbaik untuk mengetahui kemampuan pasukan. Perbezaan kami dengan mereka sangat jelas dari kedudukan liga dan di padang,” tambah Emery.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here