Atletico ‘Belasah’ Juventus

0
222

 

Atletico Madrid mengambil peluang berharga dalam pertembungan 16 terbaik Liga Juara-Juara apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas Juventus hari ini.

Pasukan itu berterima kasih kepada jaringan pertahanan dari Uruguay, Jose Gimenez dan Diego Godin pada lewat masa perlawanan yang dipenuhi dengan drama mencemaskan.

Gimenez meledak jaringan daripada jarak dekat di dalam kotak penalti pada minit ke-78 selepas jaringan bekas penyerang Juve, Alvaro Morata dinafikan berdasarkan pemerhatian semula Video Bantuan Pengadil (VAR).

Atletico juga diberikan sepakan penalti namun turut dinafikan oleh teknologi berkenaan pada awal permainan namun semangat juang mereka terus meningkat sebelum kapten, Godin menambah jaringan pada minit ke-83 seterusnya memberi keselesaan buat pasukan sebelum aksi kedua di Turin nanti.

Pertahanan veteran itu berada berhampiran gol lawan sebelum mengambil peluang daripada kekalutan Atletico untuk menjaringkan gol kedua mereka. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here