Baca Doa Ini Melembutkan Hati Anak Degil Dan Keras Kepala

0
334

Anak-anak memang ada macam-macam ragam. Kadang-kala sikap keras kepala dan degil anak menguji kesabaran ibu ayah. Tetapi ibu ayah tak boleh berputus ada kerana doa anda paling makbul. Teruskan berdoa pada Allah SWT supaya anak kita mempunyai akhlak yang baik dan tidak degil.

Ada bermacam doa dan cara yang ramai ustaz dan ustazah kongsikan boleh diamalkan oleh ibu ayah bagi mengatasi masalah anak keras kepala dan degil. Jangan terus-menerus melabel anak sebagai degil dan nakal atau tak mendengar cakap kerana setiap yang keluar dari mulut ibu ayah adalah satu doa.

Berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana hanya kepadaNya sahaja tempat kita memohon pertolongan. Ini salah satu petua boleh diamalkan. Ia dikongsi oleh Ustaz Husam dan katanya petua ini ada dalam kitab lum’atul aurat (kitab karangan ulamak dahulu).

Mula-mula sekali ibu ayah kena ambil 3 helai rambut anak atau boleh juga bulu roma tangan dan betis. Ia berkesan untk merawat hati yang keras, degil dan keras kepala.

Kemudian letakkan 3 helai rambut itu di atas tapak tangan kanan kita dan bacalah doa berikut:

  1. Surah Al-Fatihah sebanyak 33, 7 atau 3 kali.
  2. Ayat Kursi mengikut bilangan Al-Fatihah yang dibaca.
  3. Selawat Syifa’ sekali.
  4. Surah Fath (ayat 1-5) mengikut bilangan Al-Fatihah yang dibaca.
  5. Surah Thaha (ayat 1-5) mengikut bilangan al-Fatihah yang dibaca.
  6. Zikir Ya Halim 1000 kali.
  7. Zikir Ya Rahim 1000 kali.

Hembus pada 3 helai rambut atas tangan kita dan boleh buang rambut tersebut. Kemudian gosok kedua tapak tangan kita dan sapu dari atas ke bawah rambut anak sambil baca Al-Fatihah dan berniat untuk melembutkan hati anak.

Buat beberapa kali, Insya-Allah mujarab.

Sumber: Ibu Bapa Prihatin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here