Bale Cedera, Real Sekadar Seri 2-2 Menentang Villarreal

0
134

 

Real Madrid hanya mampu berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 menentang tuan rumah Villarreal dalam perlawanan ke-17 La Liga.

Kecederaan yang dialami Gareth Bale jelas memberi kesan buat Los Blancos untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Bale tidak dapat bermain sehingga penghujung dalam perlawanan tersebut  gara-gara mengalami kecederaan betis.

Pemain berasal dari Wales itu telah digantikan dengan Isco pada minit ke-46.

“Gareth harus diganti sehingga merugikan kami. Dia mengalami masalah dan kehilangan peluang saat serangan balik, yang biasanya merupakan keistimewaan Bale,” kata jurulatih Madrid, Santiago Solari seperti dilaporkan oleh Movistar.

“Anda boleh melihat apa yang berlaku. Dia mengalami kecederaan dan merasakan sesuatu, sehingga dia tidak dapat meneruskan permainan,” tambah Solari.

Pemain lain yang tidak dapat mempamerkan prestasi terbaik ialah Luka Modric.

Akibatnya pemenang Ballon d’Or 2018 itu terpaksa digantikan dengan Federico Valverde pada minit ke-64.

“Luka baru sahaja pulih daripada selesema dan dia memberikan bantuan semampu mungkin. Saya gembira dia boleh bermain 60 atau 65 minit seperti yang dirancang,” kata Solari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here