Bale & Salah Punca Zidane Tinggalkan Real Madrid

0
5862

 

Sumber utama dari Sepanyol mendedahkan Zinedine Zidane meletak jawatan sebagai jurulatih Real Madrid kerana janji melibatkan masa depan Bale yang telah dimungkiri oleh pengurusan kelab gergasi Sepanyol itu.

Jurulatih dari Perancis itu mengejutkan dunia bola sepak apabila mengambil keputusan meninggalkan Bernabeu, hanya beberapa minggu selepas membimbing Los Blancos menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.

Ketika perlawanan akhir menentang Liverpool, Bale telah menjaringkan dua gol dan ianya telah menjejaskan perancangan awal yang dipersetujui antara Zidane dan Florentino Perez.

Media terkenal Sepanyol, El Pais mendakwa jaringan itu membuatkan pemilik Real Madrid tidak jadi menjual pemain Wales itu.

Malah Perez turut beranggapan Bale jauh lebih baik daripada Ronaldo. Situasi tersebut telah memaksa Zidane memikirkan kembali masa depannya di Real Madrid.

Mengikut persetujuan awal, Perez membenarkan Zidane menjual Bale bagi mendapatkan Mohamed Salah, Edan Hazard atau Harry Kane.

Namun, segalanya berubah selepas jaringan gol itu.

Berdasarkan perkembangan terkini, Manchester United dilaporkan terpaksa membuat keputusan mengenai masa depan Jose Mourinho dan berhasrat untuk mendapatkan khidmat Zidane. Namun timbul juga khabar angin mengatakan Bayern Munich juga berminat kepada Zidane.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here