Bantu Pasukan Menang Lebih Penting Daripada Memburu Gol Peribadi

1
178
Foto: Goal.com

 

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh menganggap bahawa membantu Malaysia mencatat kemenangan lebih penting daripada memburu gol peribadi.

Malaysia wajib menang dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Hanya kemenangan yang akan menjamin tempat skuad Harimau Malaya di peringkat separuh akhir Piala AFF.

“Jaringan gol memang penting tetapi membantu pasukan meraih tiga mata lagi penting kerana ia boleh membolehkan kami mara ke separuh akhir.. itu yang lebih mustahak.

“Bagi saya menang penting, kalau jaringan gol alhamdulillah,” katanya.

Ketika ini Malaysia menduduki anak tangga ketiga dalam Kumpulan A dengan mengumpul enam mata. Myanmar dan Vietnam pula menghuni tempat satu-dua setelah masing-masing berkongsi tujuh mata, sementara Kemboja dan Laos sah tersingkir.

Sementara itu, penyerang negara Ahmad Hazwan Bakri menyifatkan Malaysia tiada alasan untuk tewas atau seri ketika berdepan Myanmar memandangkan mereka beraksi di laman sendiri.

“Nak tak nak kami kena menang sebab ini sahaja (peluang) yang tinggal. Lagi pun kita bermain di laman sendiri. Ini peluang terbaik kami,” ujarnya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here