Bapa Meninggal Dunia Selepas ‘Assist’ Gol Kemenangan

0
294

 

Stuttgart berjaya menumpaskan Hertha Berlin 2-1 dengan kapten mereka, Christian Gentner melakukan ‘assist’ untuk gol kemenangan.

Kemenangan tersebut membolehkan Stuttgart keluar daripada zon penyingkiran Bundesliga.

Namun kegembiraan Stuttgart hanya seketika apabila bapa kepada kapten mereka, Herbert meninggal dunia di Mercedes Benz Arena sebaik sahaja tamat perlawanan.

“VfB Stuttgart berdukacita dengan kematian bapa kepada kapten kami Christian Gentner iaitu Herbert Gentner yang meninggal dunia di stadium selepas kemenangan di tempat sendiri ketika bertemu Hertha Berlin.

“Kelab mengucapkan takziah dan memberi sokongan kepada keluarga Gentner yang berada dalam situasi sedih ketika ini,” jelas satu kenyataan kelab.

Lawan mereka dalam perlawanan tersebut turut membuat kenyataan berdukacita diatas kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here