Barca Dan PSG Bincang Pertukaran Dembele-Neymar?

0
296

Barcelona dikhabarkan bersiap sedia untuk membawa pulang Neymar ke Camp Nou musim depan.

Pada tahun 2017, Neymar meninggalkan Barca untuk berpindah ke PSG dengan harga 222 juta Euro. Neymar meninggalkan Barca ekoran terasa dirinya hanyalah bayangan Lionel Messi yang merupakan bintang utama kelab itu.

Nampaknya, kebelakangan ini Neymar dikatakan mula menyesali keputusannya berpindah ke PSG kerana peluang untuk dia mendapatkan gelaran pemain terbaik dunia semakin sukar walaupun mampu memenangi banyak gelaran domestik dengan PSG.

Atas sebab itulah Neymar berhasrat untuk kembali bermain bersama pasukan yang mampu memberi cabaran kepada galaran Eropah. Barcelona dan Real Madrid dikhabarkan berminat kepadanya.

Neymar Ditukar Dengan Dembele

Media Perancis, Le10Sport, ada melaporkan bahawa Barcelona memang tertarik untuk membawa pulang Neymar ke Camp Nou. Barca dikatakan telah menyediakan tawaran yang agak menarik buat PSG dan bersedia melepaskan salah satu pemainnya untuk ditukar dengan Neymar.

Pemain yang bakal dilepaskan itu ialah Ousmane Dembele yang dibeli oleh Barca dari Dortmund pada tahun 2017 dengan harga 105 juta Euro.

Dembele dkhabarkan mempunyai masalah disiplin terutamanya dalam menetapi masa dan sering kali lewat dalam menjalani sesi latihan.

Ada “Doktor” Di PSG

Walaupun Dembele mempunyai masalah disiplin, bakatnya dalam bola sepak tidak dapat diragukan.

Di PSG ada seseorang yang dapat “mengubati” masalah disiplinnya itu iaitu jurulatih PSG sendiri Thomas Tuchel. Dembele pernah bersama dengan Thomas Tuchel semasa berada di Dortmund. Diharapkan dengan perhubungan itu semasa di German dapat menjadikan Dembele lebih berdisiplin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here