Barcelona Berminat Bawa Harry Kane Ke Camp Nou

0
110

 

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, dikhabarkan berminat untuk membawa seorang pemain penyerang di jendela pemindahan musim sejuk ini, Januari 2019. Pemain penyerang ini dibawa bagi mengganti Luis Suarez yang sudah menghampiri umur 32 tahun dan mengalami masalah lutut jangka panjang.

Barcelona dilaporkan telah menemui calon yang terbaik untuk menambah kekuatan barisan serangan mereka. Penyerang itu dikatakan berasal dari kelab Inggeris iaitu Harry Kane yang merupakan penyerang Tottenham Hotspurs.

Nampaknya Barcelona bukan main-main dalam pembelian ini kerana dilaporkan Barca bersedia membuat tawaran yang agak tinggi untuk mendapatkan kapten England itu. Dana 200 juta pounds bakal disediakan untuk membawa penyerang itu ke Camp Nou.

Sekiranya perpindahan ini berjaya, Kane secara rasminya bakal tersenarai dalam kategori pemain termahal di dunia.

Kane telah beberapa kali memenangi trofi kasut emas hasil daripada ketajamannya di mengemudi jentera serangan The Lillywhites. Dengan ketajamannya itu, Barca percaya bahawa Kane adalah calon pengganti terbaik untuk penyerang mereka, Luis Suarez.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here