Barcelona Perlukan Penyerang Baharu, Morata Antara Pemain Buruan?

0
116

 

Barcelona akhirnya melepaskan Munir El Haddadi apabila pemain tersebut telah pun sah menyertai Sevilla.

Setelah berpindahnya Munir, sudah tentu posisi pemain yang dapat bermain dibahagian serangan semakin berkurang.

Berdasarkan situasi ini, jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde mengakui sedang mempertimbangkan untuk mencari penyerang baru.

“Kami akan buat penilaian. Ada kekosongan setelah Munir pergi,” kata Valverde.

“Musim perpindahan masih dibuka. Jadi kita masih memiliki peluang,” tambahnya seperti dilaporkan Tribalfootball.

Dikhabarkan, jika mahu membeli seorang penyerang, Barcelona akan memilih penyerang jenis target manĀ seperti gaya permainan Luis Suarez.

Beberapa nama telah dikaitkan sudah berada di dalam senarai Barcelona. Di antaranya adalah Alvaro Morata (Chelsea), Fernando Llorento (Tottenham Hotspur) dan Timo Werner (RB Leipzig).

Keperluan penyerang pengganti bagi Luis Suarez yang sudah berumur 32 tahun pasti akan menjadi alasan Barcelona mengharapkan kedatangan penyerang jenis target man.

Setakat Liga Perdana Inggeris 2018/19 berlangsung, Morata hanya berjaya menjaringkan sebanyak lima gol dan kosong assist dalam 16 perlawanan yang dimainkan olehnya bersama pasukan Chelsea.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here