Barcelona Pertimbang Jual Coutinho?

0
327

 

Gergasi Sepanyol, Barcelona dikhabarkan mempertimbangkan untuk menjual Philippe Coutinho pada musim panas akan datang kerana tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan oleh mereka.

Pada tahun 2018, Barca telah membeli Coutinho dari Liverpool dengan harga 142 juta pound.

Diharapkan dengan pembelian Coutinho, barisan tengah Barca akan bertambah kuat. Namun, sampai sekarang penampilan Coutinho masih tetap kurang memuaskan dan dia sering diletakkan di bangku simpanan kerana prestasinya tidak menentu.

Menurut laporan media luar Marca, Barca berkemungkinan akan menjual Coutinho dan bersedia mempertimbangkan segala tawaran dari pasukan-pasukan lain.

Dikhabarkan, dua gergasi Inggeris iaitu Manchester United dan Chelsea berminat untuk mendapatkan khidmat Coutinho.

Baru-baru ini, terdapat satu khabar angin yang mengatakan bahawa para pemain Barca yang lain telah memberikan sokongan penuh kepada Coutinho untuk tetap bersama Barca pada musim depan.

Para pemain Barcelona baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan Coutinho. Semasa pertemuan tersebut, mereka meminta Coutinho untuk tidak menyerah kepada masalah yang dihadapinya dan para pemain Barcelona juga mengakui bahawa Coutinho mempunyai bakat yang hebat dan dia tidak perlu meninggalkan Barca.

Selain itu, Coutinho diminta untuk terus bekerja keras dan para pemain Barcelona percaya bahawa lambat laun pemain itu akan menemui semula sentuhan terbaiknya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here