Barcelona Tidak Boleh Jual Messi Jika Tidak Mahu Menerima ‘Nasib Buruk’ Seperti Real Madrid Selepas Jual Ronaldo

0
378

 

Nasib buruk yang menimpa Real Madrid sejak pemergian Cristiano Ronaldo ke Juventus boleh berlaku kepada Barcelona jika mereka tidak mengekalkan Lionel Messi.

Bekas pemain Barcelona, ​​Jordi Cruyff berpendapat Barcelona mesti belajar dari kesilapan yang telah dilakukan oleh Real Madrid.

“Apa yang berlaku di Real Madrid adalah amaran untuk Barcelona. Dalam bola sepak, anda memerlukan seorang pemain yang dapat menjaga pasukan supaya tenang meskipun sedang kalah 0-2,” kata Cruyff di laman web Goal.

“Sikap itu ada pada Ronaldo dan Messi. Ini bukan sekadar bola sepak, ini adalah tentang kepercayaan,” tambah Cruyff.

Jordi Cruyff

Cruyff mendakwa tidak memahami sebab mengapa Real Madrid berani melepaskan Ronaldo, sedangkan beliau merupakan tulang belakang pasukan.

“Anda boleh melihat Real Madrid tanpa Ronaldo pada masa ini. Ronaldo adalah pemain yang bertanggungjawab memegang payung.

“Apabila hujan, anda pasti memerlukan payung. Sekarang, Real Madrid telah basah kuyup kerana mereka tidak lagi mempunyai payung,” kata Cruyff.

Tidak lama selepas menyertai Juventus, Ronaldo memberikan cabaran kepada Messi. Ronaldo mahu Messi keluar dari zon selesa dan bergerak ke Itali.

Sehingga kini, Messi masih belum memberi sebarang respons terhadap cabaran Ronaldo itu.

Kemungkinan Messi meninggalkan Barcelona dalam masa terdekat boleh dikatakan sangat kecil. Beliau masih memiliki kontrak bersama Barca sehingga 2021 dan Messi telah berjanji akan terus bersama Barcelona.

Pemain berusia 31 tahun itu merancang untuk bersara di kampung halamannya, Argentina bersama pasukan zaman kanak-kanaknya, Old Boys Oldell.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here