Barcelona Tidak Dibenarkan Beli Pemain Liverpool Sehingga 2021

1
1199

 

Liverpool nampaknya tak perlu risau tentang kemungkinan pemain bintangnya dipancing oleh Barcelona lagi ketika pintu perpindahan dibuka. Ini kerana, Barcelona dikatakan sudah bersetuju untuk tidak lagi membeli pemain di Anfield sehingga 2021.

Barcelona kerap kali menjadikan Liverpool sebagai tempat mereka membeli pemain berkualiti. Beberapa pemain penting Liverpool telah dibeli Barcelona sebelum ini.

Javier Mascherano adalah salah seorang pemain Liverpool yang telah dibeli Barcelona pada tahun 2010.

Selepas Mascherano, Barcelona kembali membeli pemain yang menjadi tonggak kepada Liverpool. Pemain itu adalah Luis Suarez yang dibeli pada 2014 dengan harga 81 juta euro. Suarez kini menjadi pemain utama dan juga bintang kepada Barcelona.

Terbaharu, Barcelona telah berjaya membeli Philippe Coutinho pada Januari 2018 yang lalu. Barcelona membeli coutinho dengan harga 120 juta Euro.

Gara-Gara Perpindahan Coutinho

Menurut laporan Cadena Ser, ada satu klausa perpindahan yang menghalang Barcelona untuk membeli pemain dari Liverpool. Klausa perpindahan itu dipersetujui antara Liverpool dan Barcelona ketika perjanjian mengenai perpindahan Phillippe Coutinho pada awal tahun 2018.

Dalam perjanjian tersebut, Barcelona berjanji tidak akan membeli pemain Liverpool sehingga 2021.

Perjanjian itu dibuat kerana Liverpool tidak ingin pemainnya dibeli oleh Barcelona lagi. Ini kerana hampir setiap tahun pemain berkualiti Liverpool dibeli oleh Barcelona.

Dua Pemain Liverpool Lupakan Hasrat Untuk Berpindah

Barcelona dikatakan tengah mengintai dua pemain bintang Liverpool iaitu Sadio Mane dan Roberto Firmino.

Walau bagaimanapun, gara-gara perjanjian tidak dibenarkan membeli pemain Liverpool sehingga 2021, Barcelona tidak boleh membawa Mane dan Firmino ke Camp Nou. Keadaan ini tentunya akan memberi manfaat kepada Liverpool yang tidak perlu bimbang akan kemungkinan kehilangan pemain bintangnya lagi.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here