Barisan Pertahanan Negara Dijangka Menjadi Pemain Paling Sibuk Malam Ini

1
167
Foto: FAM

 

Skuad Harimau Malaya bakal turun berentap menentang Vietnam dalam aksi berprofil tinggi Kumpulan A, Piala AFF 2018 di Stadium Nasional My Dinh, malam ini.

Oleh itu, pertahanan negara, Shahrul Saad, menuntut kerjasama berpasukan untuk mengekang tuan rumah.

Barisan pertahanan negara dijangka menjadi pemain paling sibuk dalam pertemuan menentang juara AFF 2008 itu.

Vietnam mempunyai kekuatan yang cukup jitu di jentera serangan yang bakal diketuai Nguyen Cong Phuong dan Nguyen Quang Hai yang digelar ‘Messi Vietnam’.

Selain dua pemain tersebut, pertahanan negara yang ditunjangi Shahrul dan Aidil Zafuan Abdul Radzak juga perlu mengawasi penyerang senior, Nguyen Van Quyet.

“Skuad Vietnam mempunyai pemain-pemain yang agak baik, terutama di bahagian serangan.

“Ada beberapa beberapa pemain yang perlu diawasi dan saya harap barisan pertahanan negara boleh berikan yang terbaik.

“Kami perlu fokus kepada penggerak utama pasukan mereka dan yang paling sekali, kami harus bermain sebagai satu pasukan dan kami mungkin meraih kemenangan di sini,” ujar Shahrul.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe, dijangka akan mempertaruhkan dua pemain tengah bertahan untuk mengukuhkan kubu pasukannya.

Ini mungkin bakal menyaksikan pemain seperti Syamer Kutty Abba dan Kenny Pallraj akan diberi peluang beraksi bagi membantu skuad negara meraih keputusan posistif.

“skuad Vietnam memiliki kemahiran dan taktikal, begitu juga kami.

“Kami boleh bersaing dengan mereka dan daripada segi taktikal, jurulatih tahu apa yang perlu dibuat.

“Saya akan berikan yang terbaik,” kata Syamer.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here