Barisan Serangan ‘Mandul’, Penyokong Real Nyanyikan ‘Chant’ Nama Ronaldo

1
2626

 

Peminat Real Madrid kelihatan kecewa apabila pasukannya gagal menjaringkan gol ketika menentang Atletico Madrid, Sabtu lalu. Mereka kemudiannya menyanyikan ‘chant’ berbunyi nama Cristiano Ronaldo ketika separuh masa kedua.

Ronaldo selalu menjadi masalah kepada lawan Real sebelum ini, seperti yang dibuktikan oleh pencapaian golnya. Selama sembilan musim bersama kelab itu, bintang dari Portugal itu sentiasa menjaringkan gol tidak kurang dari 30 gol untuk setiap musim.

Malangnya, kelibat mesin gol yang merupakan pemenang Ballon d’Or lima kali itu tidak akan kelihatan lagi pada musim ini. Ini kerana penyerang itu telah berpindah ke Juventus pada Julai lalu dengan nilai 100 juta euro.

Catatan Gol Menurun

Dalam beberapa perlawanan awal musim ini, Real Madrid yang kini dibimbing oleh Julen Lopetequi seolah-olah membuktikan mereka masih berbisa tanpa Ronaldo.

Dalam 3 minggu pertama, Real berjaya mencatat kemenangan bersih dengan menjaringkan 10 gol.

Tetapi aksi mereka dalam saingan La Liga mula tidak konsisten yang menyebabkan catatan gol Real turun secara drastik. Dalam empat perlawanan berikutnya, mereka hanya mampu menjaringkan dua gol.

Selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Espanyol pada pertengahan September, Real tewas 0-3 kepada Sevilla dan yang terakhir seri 0-0 ketika berhadapan dengan Atletico Madrid.

Nyanyian ‘Chant’ Nama Ronaldo

Prestasi tersebut nampaknya kurang menyenangkan penyokong setia Real Madrid dan menyebabkan mereka mula merindui aksi Ronaldo yang cukup digeruni oleh pasukan lawan.

Mereka kemudian meluahkan perasaan tersebut ketika perlawanan menentang Atletico Madrid. Menurut laporan dari Sport Bible, penyokong Real Madrid menyanyikan ‘chant’ nama “Ronaldo, Ronaldo, Ronaldo,” pada babak kedua.

Ronaldo yang kini bersama Juventus sedang menikmati masa-masa indah. Walaupun ‘mandul’ dalam beberapa perlawanan, Ronaldo kembali menemui sentuhan jaringan dengan mencetak tiga gol setakat ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here