Bekas Eksekutif MFL Dakwa Jadi ‘Kambing Hitam’ Mengenai Kontroversi Trofi Kasut Emas ABK2018

0
1084

 

Kontroversi trofi kasut emas ABK2018 nampaknya belum selesai dan telah memasuki fasa baru apabila bekas eksekutif MFL, Danial Khoiriri tampil mengeluarkan satu kenyataan balas. Beliau merupakan individu yang dimaksudkan CEO MFL Kevin Ramalingam yang telah menguruskan projek Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK2018).

Trofi Kasut Emas Yang Menjadi Bahan ‘Troll’ Di Media Sosial

Gambar-gambar trofi kasut emas mula viral di media sosial sebaik sahaja trofi tersebut disampaikan kepada pemenang. Malah hampir semua peminat bola sepak Malaysia menjadikan trofi tersebut sebagai bahan ‘troll’.

Keadaan tersebut menyebabkan TMJ selaku Pengerusi MFM membuat satu kenyataan di laman Twitternya pada malam itu dengan mengatakan bahawa kualiti trofi tersebut tidak boleh diterima dan orang yang bertanggungjawab perlu meletakkan jawatan dengan kadar segera.

‘Kepanasan’ dengan kenyataan TMJ, pihak FML dengan segera mengeluarkan satu kenyataan di Facebook rasmi mereka pada 7 November, pukul 2.06 pagi.

Dalam kenyataan tersebut MFL menjelaskan bahawa trofi tersebut adalah bukan mengikut standart yang diluluskan.

Tidak cuku dengan itu, MFL pada hari yang sama telah memuat naik satu video penjelasan mengenai kontroversi berkenaan. Tiga individu yang ada dalam video itu iaitu CEO MFL Kevin Ramalingam, COO MFL Shazli Shaik dan CCO Desmond Dominic Raju.

Dalam video tersebut jelas hanya memberikan penerangan untuk menyelamatkan diri sendiri dan cuba meletakkan kesalahan pada seorang ‘individu’.

Namun isu ini belum berakhir apabila bekas pengurus projek tersebut telah membuat kenyataan balas kepada MFL yang merupakan bekas majikannya.

Kenyataan Balas Dari Pengurus Projek ABK2018

Kira-kira jam 11.30 malam semalam, Danial Khoriri yang merupakan pengurus projek ABK2018 telah tampil menjawab ‘penjelasan’ pengurusan MFL mengenai kontroversi yang berlaku.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Danial Khoriri, bekas eksekutif MFL merangkap pengurus projek Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18) yang berlangsung Isnin (5 November 2018) lalu.”

“Seperti yang sedia maklum, polemik trofi “Golden Boot” ABK18 yang tular di laman sosial sejak berlangsungnya acara Isnin lepas masih lagi diperkatakan sehingga hari ini.”

Dipaksa Untuk Meletak Jawatan Dengan Notis 24 Jam

“Saya sudahpun dipaksa dan telahpun meletakkan jawatan dengan notis 24 jam pada hari Rabu (7 November 2018) yang lalu.

“Ya, saya mengaku saya bersalah seperti apa yang dinyatakan oleh pihak MFL dan mengambil tanggungjawab atas apa yang telah berlaku.”

Menceritakan Perihal Sebenar

“Namun saya hari ini terpanggil untuk menceritakan perihal ini dari sebelah pihak saya sebagai pengurus projek selepas membaca artikel laman TwentyTwo13 bertajuk “MFL Chief Reveals Tale Behind ‘Miniature Cinderella Shoe’ Boo-Boo”  nukilan saudara Haresh Deol , dan video yang dimuat-naik di laman Facebook Football Malaysia LLP bertarikh 7 November 2018.

Bukan mahu menegakkan benang yang basah, tetapi saya rasa terpanggil untuk mempertahankan cebisan reputasi professional saya yang sedikit-sebanyak tercemar dek polemik ini.

Kenyataan Tidak Tepat CEO MFL

Kevin Ramalingam (dalam artikel Twentytwo13) menyatakan;

Pada hari acara berlangsung (Isnin), Shazli memeriksa trofi pada waktu tengahari dan telah bertanya kenapa trofi pemenang kasut emas dan perak tiada disana. Pengurus projek berkata, ia akan sampai kemudian.

“Penjelasan: Ini satu kenyataan yang sangat tidak tepat. Tiada satu pun perkataan yang keluar daripada mulut saya mengatakan trofi tersebut akan datang kemudian. Apa bukti yang mengatakan saya berkata demikian? Individu tersebut langsung tidak bertanya kepada saya di mana trofi yang diperkatakan.

“Untuk makluman semua trofi tiba di lokasi acara pada jam 12 tengah hari (saya ada bukti dalam hal ini. Anda boleh semak dengan pembekal trofi tersebut bahawa kesemua trofi sampai pada waktu yang sama) dan seperti semua maklum acara bermula pada jam 9 malam. Sepanjang 9 jam dari jam 12 tengahari, tiada satu pun pihak datang kepada saya mengatakan bahawa trofi tersebut tidak sesuai untuk diberi kepada pemenang lebih-lebih lagi ketua pegawai operasi yang mendakwa trofi tersebut tiada.

Sejujurnya sewaktu semua trofi tersebut tiba, saya tidak berkesempatan untuk memeriksa trofi-trofi tersebut dan mengarahkan rakan sekerja saya untuk membuat pemeriksaan. Hal ini berikutan bebanan kerja yang tidak henti-henti pada hari kejadian dimana saya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses rehearsal kerana saya bertindak selaku floor manager pada malam tersebut.

“Kita semua maklum bahawa ABK 2018 disiarkan secara langsung (boleh semak dengan semua krew produksi terutama penerbit siaran langsung mengenai tugasan saya pada hari kejadian).”

Dituduh Menyorokkan Trofi Berkenaan

“Ada dakwaan mengatakan saya cuba untuk menyorokkan trofi berkenaan. Dakwaan ini tidak berasas kerana manakan boleh saya menyorokkan benda yang tidak berada dengan saya.

“Jika sekalipun saya mengatakan trofi tersebut akan sampai lewat, mana bukti penerimaan trofi tersebut pada waktu kemudian (daripada waktu yang dijanjikan)? Ada delivery order? Jika ada, siapa yang mendatanganinya dan tidakkah individu tersebut berasa janggal dengan trofi yang diterimanya itu? Tidakkah individu tersebut sepatutnya melaporkan terus kepada ketua pegawai operasi yang tercari-cari trofi berkenaan dengan mengatakan bahawa trofi yang dicari sudah sampai?”

CEO Tiada Di Lokasi Majlis Ketika Siaran Langsung

Kevin Ramalingam (dalam artikel)
“It was only when the awards were brought backstage that those there realised something was not right. Sazli was busy with the operations bit and so was I. We were still not informed about it. If we had been informed about it at 8pm … that something was wrong … we would have held back the awards. We would have stopped the ‘things’ from going out (Kevin refused to identify the miniature boots as trophies and called them things instead throughout the conversation).”

“Penjelasan: Tepat sekali. Jika perkara ini diberitahu sewaktu acara sedang berjalan sekalipun saya adalah individu yang mesti dicari kerana selaku floor manager saya masih boleh untuk berhubung terus dengan penerbit saya dan mengarahkan pengacara majlis iaitu Harith Iskander (melalui headset) untuk tidak menjemput wakil pemenang naik ke atas pentas bagi menerima trofi.

“Malah situasi ini berlaku ketika slot penyampaian trofi Penjaring Terbanyak 100PLUS Liga Premier 2018 (yang dijalankan sewaktu commercial break – juga menggunakan trofi kecil itu) diubah ke slot Grandstand selepas selesai majlis kerana penyampai trofi berkenaan gagal hadir pada saat akhir dan kami memerlukan masa untuk mencari penganti.

“Bayangkan pada saat itu pun tiada siapa yang menegur mengenai trofi berkenaan. Sazli was busy with the operations bit and so was I. Ini satu kenyataan yang sangat berani yang dikeluarkan oleh individu yang bergelar CEO (It’s a brave statement from the CEO to say this on record when he clearly wasn’t there during the event.) Beliau tiada di lokasi majlis ketika siaran langsung (saya mempunyai bukti bagi menyokong kenyataan saya ini).”

Dialog Yang Direka-Reka

Mohd Shazli Shaik Mohd (video: minit ke-6:30)
“Sewaktu di sekretariat itu memang saya bersama kakitangan lain turut sama membuat checking. Satu-persatu, setiap award yang ada. Tapi malangnya award yang tengah viral sekarang ini, kita tidak jumpa langsung. Memang kita check, setiap perkara yang telah diputuskan oleh CEO memang ada. Tapi pada hari sewaktu saya checking, pada jam 2.00 jam 3.00 itu memang award yang viral itu memang tiada… (Kevin bertanya). (Sambungan jawapan) And then saya check dengan our project manager, so saya tanya dia, semua okay? Award ready? Untuk award yang Nike provide ini okay ke tak? Semua ada? Dia cakap semua under control, everything is okay, don’t worry. Sebab sudah menjadi amalan kita daripada tahun 2016, 2017, 2018 kita ada satu kerjasama yang baik dengan Nike… kita assume that benda ini okay.”

“Penjelasan: “And then saya check dengan our project manager, so saya tanya dia, semua okay? Award ready? Untuk award yang Nike provide ini okay ke tak? Semua ada? Dia cakap semua under control, everything is okay, don’t worry.

“Satu lagi kenyataan yang sangat nyata pembohongannya. Tiada komunikasi antara saya dengan ketua pegawai operasi berhubung perkara ini. Dialog ini langsung tidak wujud dan sengaja direka-reka. Tiada suatu pun perkataan ‘Nike’ diperkatakan di hadapan saya.

“Saya sendiri berkesempatan untuk berjumpa dengan rakan sekerja saya yang melakukan pemeriksaan ke atas trofi-trofi ini dan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau kepada saya ialah “Eh something wrong dengan trofi MVP ni”. Saya menyoalnya semula “kenapa?” dan beliau menjawab “dah patah sikit tapi vendor tu gam balik”. Sewaktu ini tiada seorang pun yang bertanyakan kepada saya di mana trofi kasut emas (jika dakwaan mengatakan trofi itu tiada), dan tiada seorang pun memberi komen bahawa trofi kasut emas tersebut tidak sesuai.”

Tiada Siapa Yang Cari Saya Sehingga Tamat Acara

Mohd Shazli Shaik Mohd (video: minit ke-9.15)
“Kalau pada Isnin petang saya nampak piala ini, I think we have to go to plan B, C or D. Definitely piala ini tidak akan dikeluarkan langsung. Mungkin ada plan B, anugerah ini dibawa ke Grandstand. Mungkin anugerah ini kita sediakan mock-cheque atau kad or something. Tetapi selepas pada event itu kita akan bagi the real award yang sepatutnya yang dapat.”

Penjelasan: Ya, seperti yang saya jelaskan tadi saya individu terbaik untuk dicari semasa siaran langsung bagi pemberitahuan hal ini. Tetapi malangnya ia tidak berlaku dan semua kelihatan normal sehingga tamat acara. Kami semua (termasuk ketua pegawai operasi) mengucapkan tahniah kepada satu sama lain atas “a job well done”. Tetapi pepatah Inggeris ada mengatakan, “the calm before the storm”. Begitulah jadinya.

Banyak lagi yang saya mahu perkatakan, tetapi buat masa ini, biarlah cebisan di atas sahaja saya perjelaskan. Tanggungjawab sebagai pengarah projek ABK18 yang pertama kali saya galas, mulanya saya pandang sebagai batu loncatan dan peluang untuk menaikkan kerjaya saya dalam industri bola sepak tanahair yang saya cintai ini. Ini kerana ia langsung tiada kaitan dengan bidang tugasan saya di MFL kerana saya hanya dilantik untuk melakukan tugasan dibawah jabatan sokongan penyiaran. Tetapi apakan daya, atas desakan sesetengah pihak, saya terpaksa di”kambing-hitam”kan dan dipersalahkan sepenuhnya atas kesilapan yang berlaku. Saya akui sememangnya majoriti kesalahan ini dibahu saya, namun untuk mengulangi pendirian “mengambil tanggungjawab” (seperti anda dapat saksikan dalam video MFL), tetapi meletakkan 100 peratus kesalahan ke bahu saya bukanlah kebertanggungjawaban dalam erti-kata sebenar.

Apatah lagi saya langsung tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri dan memberi penjelasan kepada pihak pengurusan sebelum keputusan untuk memaksa saya meletakkan jawatan diambil. Boleh saya simpulkan bahawa langkah ini zalim dan langsung tidak mengambil kira hasil kerja saya selama hampir tiga tahun di MFL.

Tetapi seperti kata orang, “benda dah nak jadi”. Saya terima suratan bahawa rezeki saya di MFL sampai di sini sahaja. Buat masa sekarang, saya perlu tabah dan berusaha untuk mencari rezeki yang lain bagi menanggung keluarga, lebih-lebih lagi pasangan anak kembar saya yang baharu lahir beberapa bulan lalu, bapa saya yang menghidap strok sejak Februari lalu yang lumpuh separuh badan beliau dan ibu saya yang tidak berkerja.

Terima kasih MFL kerana menjadi “sekolah kehidupan” terbaik selama ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here