Bellerin Cedera, Terpaksa Direhatkan Sehingga Akhir Musim

0
84

 

Berita buruk menimpa Arsenal apabila pemain mereka, Hector Bellerin disahkan telah mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL) dan tidak dapat bermain sehingga akhir musim ini.

Kecederaan yang dialami Bellerin itu pasti memberi kesan kepada pasukan Unai Emery kerana dia merupakan pemain utama di bahagian pertahanan kanan sepanjang musim ini dan telah diturunkan sebanyak 19 kali dalam liga dengan membuat lima assist.

“Kami mengesahkan bahawa Hector mengalami pecah ligament cruciate anterior lutut kirinya. Hector akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari-hari lagi.

“Proses pemulihan dijangka antara enam hingga sembilan bulan dan oleh itu Hector akan berehat sepanjang musim ini,” kata Arsenal seperti di laman web rasmi mereka.

Kecederaan tersebut dialaminya ketika dalam perlawanan Arsenal menentang Chelsea dimana pada minit ke-72 dia telah di keluarkan daripada permainan.

Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, Bellerin telah disahkan mengalami kecederaan ligamen di lutut kirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here