Bibi Tetap Mahu ‘Sign’ Import!

0
202

 

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetap berkeras untuk mendapatkan khidmat pemain import meskipun Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dikatakan telah mengenakan syarat ketat ke atas pasukan itu ekoran masalah tunggakan hutang.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan mendedahkan pihaknya kini sedang bertungkus-lumus mencari jalan bagi memastikan kouta pemain import untuk The Red Warriors (TRW) mampu dilengkapkan bagi menghadapi saingan Liga Premier nanti.

Tambahnya lagi, kesemua calon pemain import akan diuji pada aksi persahabatan dalam masa terdekat sebelum dipilih untuk menyertai skuad TRW.

Sebelum ini, MFL dikatakan telah mengenakan syarat yang ketat terhadap KAFA mengenai pengambilan pemain import untuk Liga Malaysia 2019 ekoran tunggakan gaji lama.

Tindakan yang diambil MFL itu bukannya untuk ‘mendera’ sebaliknya demi kebaikan dan kemajuan bola sepak negeri itu.

Difahamkan KAFA masih berhutang RM500,000 yang membabitkan tunggakan gaji bekas pemain, Dramane Traore dan bekas pengarah teknikal, Alfredo Gonzales.

Setakat ini, KAFA telah menandatangani Yuka Suzuki dari Jepun sebagai pemain import baru dan mengekalkan khidmat pertahanan, Cassio de Jesus.

Suzuki menyertai TRW hasil tajaan tajaan syarikat pengeluar minuman pribiotik Yakult (M) Sdn. Bhd. dan MFL dikatakan telah membenarkan pemain itu didaftarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here