Bidaan United Bernilai 80 Juta Pound Terhadap Koulibaly Ditolak Napoli

0
226

 

Menurut laporan La Repubblica, Manchester United telah mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound seterling untuk mendapatkan Kalidou Koulibaly dari Napoli.

Namun bidaan tersebut ditolak oleh Napoli kerana kelab dari Serie A itu yakin pemain kebangsaan Senegal itu boleh dijual pada harga lebih tinggi.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiss dilaporkan meletakkan bidaan sebanyak 89 juta pound sterling terhadap Koulibaly.

Selain United, beberapa kelab lain termasuk Real Madrid, Barcelona, Manchester City dan Bayern Munich turut berminat terhadap pemain berusia 27 tahun itu.

Jose Mourinho begitu terdesak untuk membawa masuk pemain pertahanan baharu pada musim panas lalu dan menjadikan pemain Tottenham, Toby Alderweireld dan Harry Maguire dari Leicester City sebagai sasaran.

Namun impian Mourinho tidak kesampaian apabila lembaga pengarah United tidak memberikan sebarang dana kepadanya untuk membawa masuk muka baharu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here