“Bila Masa Bersara Untuk Seorang Jurulatih?”, Tanya Casillas kepada Mourinho

0
207

 

Jurulatih Manchester United, Jose Mourinho disindir oleh bekas pemainnya di Real Madrid, Iker Casillas selepas United kalah 1-3 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ke-17 di Anfield.

United dikalahkan Liverpool menerusi satu jaringan gol dari Sadio Mane pada minit ke-24 dan dua jaringan oleh Xherdan Shaqiri pada minit ke-78 dan ke-80. United hanya mampu merapatkan jurang gol hasil ledakan Jesse Lingard pada minit ke-33.

Kekalahan itu meletakkan United di kedudukan keenam liga dengan mengumpul 26 mata dari 17 perlawanan. United ketinggalan 19 mata di belakang Liverpool yang berjaya memintas Manchester City di puncak liga.

Casillas yang pernah berada di bawah kejurulatihan Mourinho ketika di Real Madrid telah memuat naik satu komen di media sosial selepas kekalahan United ke atas Liverpool. Komen yang berbentuk sindiran itu telah dihantar oleh Casillas melalui twit di akaun Twitternya.

“Satu akhbar dari Portugal melaporkan pemain berusia 37 tahun seperti saya sudah berada di penghujung kerjaya. Saya setuju. Persoalannya, bilakah masa yang boleh dikatakan seseorang jurulatih tidak boleh lagi memimpin pasukan?” tulis Casillas.

Hubungan Mourinho dan Casillas memang kurang baik semenjak di Real Madrid lagi. Mourinho melatih Madrid pada Mei 2010 hingga Jun 2013.

Pada Januari 2013, Casillas mengalami kecederaan tangan, jadi Madrid membeli penjaga gol baru dari Sevilla iaitu Diego Lopez. Apabila Casillas pulih pada Mac 2013, Lopez kekal sebagai pilihan utama Mourinho. Sejak saat itu, Casillas kehilangan tempat di Real Madrid hingga mengambil keputusan untuk berpindah ke Porto pada 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here