Buffon Belum Bersedia Untuk Bersara Walaupun Di Ambang Usia 40 tahun

0
480

 

Pemain bola sepak legenda Itali, Gianluigi Buffon mengatakan tiada istilah bersara dalam hidupnya.

Penjaga gol yang membantu Itali menjuarai Piala Dunia 2016 itu meninggalkan Juventus musim panas lalu untuk mengikat kontrak selama setahun bersama kelab gergasi di Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Buffon telah mengumunkan persaraan di pentas antarabangsa selepas skuad juara empat kali itu gagal mara ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, tahun lalu.

Ketika itu Buffon beraksi buat kali ke-175 dan kali terakhir ketika Itali tumbang 0-1 secara agregat, dalam penentuan playoff kepada Sweden,

Bekas penjaga gol Juventus itu bakal menyambut ulang tahun yang ke-40 Januari nanti.

Dia percaya, umurnya bukan penghalang untuk terus beraksi di peringkat tertinggi.

“Beberapa tahun sebelum ini saya telah mempelajari sesuatu bahawa satu kesilapan jika menghadkan sesuatu…saya terfikir untuk berhenti pada usia 35 tahun.

“Selepas itu, keadaan telah membuat saya supaya meneruskannya.”

‘Saya kata hanya 38 tahun, tetapi selepas itu 40 (tahun) ‘Hari ini saya masih di sini.

“Kehidupan telah menjadikannya begitu, dan saya masih di sini, saya boleh berhenti dalam tempoh enam bulan, setahun atau 10 tahun dan saya tidak mahu tanya, tidak mahu tahu,” jelas Buffon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here