‘Bukan Saya Saja, Aisyah Pun Terpalit’ – Akhirnya Che Ta Buka Mulut Perangai Sebenar Adik Iparnya ‘Lan Pet-Pet’

0
1339

Gara-gara kecoh dengan kes membabitkan seorang pelawak terkenal yang dikatakan menumbk dan menend4ng pengawal keselamatan di Taman Acacia, Nilai, Negeri Sembilan, minggu lalu, nama Che Ta turut terkena tempiasnya.

Paling tidak disangka, nama Aaisyah Dhia Rana turut diheret sama dalam isu pan4s ini.

Che Ta tidak sangka nama Aishah turut terpalit sama dalam isu pan4s membabitkan adik iparnya.

Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan yang ditemui sewaktu majlis kempen Habib’s Diamond Festival di butik Habib Jewels, Ampang, memberitahu ada berlaku salah faham tentang isu tersebut.

“Orang bukan setakat kaitkan nama saya, tapi nama Aaisyah pun turut terpalit sama. Pada saya, mungkin apa yang berlaku di situ ada salah faham.

“Saya tak rasa satu pihak je salah tetapi ada pihak lain yang memprovokasi lebih-lebih, jadi membuatkan pihak lain sakit hati.

“Zaman sekarang ini, hanya disebabkan ada video yang menjadi viral, itulah yang berlaku sekarang ini,” ujar Che Ta kepada MHE TV.

Che Ta memperagakan barangan Habib Jewels di butik Habib Jewels, Ampang.

Sering kali memperlihatkan hubungan yang rapat di kalangan adik-beradik melalui gambar-gambar yang dimuatnaik dalam media sosial, Che Ta turut menjelaskan bagaimana personaliti suami kepada adiknya itu.

“Mengenali abang Lan, kami dalam keluarga tahu bagaimana dia seorang yang mengambil berat dengan semua orang. Malah kalau isteri dia dalam keadaan sedih, hari-hari dia akan bawa keluar dan jalan-jalan bagi nak ceriakan balik.

“Orang luar tengok dia jenis pak lawak dan buat kelakar kan, tapi dia ni jenis yang sangat bertanggungjawab dan mengambil berat dengan semua orang. Saya ada tanya juga dengan Ruby, bagaimana dengan dia.

“Ruby jawab dia okay dan dia pun tiada mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kecuali yang dia muat naik dalam Instagram tu je la,” jelas Che Ta. – MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here