“Cantiknya, tak over” Hanya Pakai Baju Kurung di Kenduri, Peminat Puji Eina Azman Lagi Cantik Dari Fasha

0
548

Siapa yang tidak kenal dengan Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser yang sering menjadi perhatian di Instagram.

Terbaru, Eina memuatnaik gambarnya bersama suami di majlis perkahwinan Fasha Sandha telah menarik tumpuan para peminatnya.

Dengan hanya berbaju kurung cotton yang nampak simple tetapi tetap menyerlahkan kejelitaan Eina Azman.

Rata-rata peminat takjub dengan kecantikan Eina dan memuji pakaiannya yang tidak ‘over’ seperti sesetengah selebriti lain.

Eina Azaman ataupun gelaran rasminya Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak saudara penyanyi dan pelakon terkenal, Juliza Adzlizan.

Eina mula berkecimpung dalam dunia hiburan lakonan melalui drama 5 Jingga pada tahun 2008 dan nama beliau mula dikenali menerusi drama Mimpi Cinderella, di mana beliau memegang watak utama.

Pada tahun 2018, beliau bakal membintangi drama berjudul Doa Ku Mohon yang bakal bersiaran di TV3 pada bulan Ramadan. Beliau memegang watak ibu muda bernama Kasma.

Eina merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Pada 31 Ogos 2014, Eina sah bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Majlis perkahwinan yang berlangsung pada 9.00 malam Ahad di Grand Hyatt Kuala Lumpur diadakan begitu mewah dengan bertemakan konsep Bollywood.

Eina yang baru berusia 19 tahun pada waktu itu telah menerima wang hantaran bernilai RM 77,000, sebuah kereta Chevrolet Camaro dan juga gelaran “Datin Paduka”.

Pada 19 Februari 2016, Eina selamat melahirkan anak kembar (perempuan dan lelaki) setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga.

Cahaya mata Eina dan suami diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here